Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAINAN POLITIK UNTUK BERKUASA ?


Anwar rancang guling Mahathir sejak 1998
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merancang untuk menggulingkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1998.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Lokman Noor Adam, 43, berkata rancangan Anwar itu telah dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor ketika mereka berjumpa di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor Bahru, pada tahun berkenaan.

"Pada waktu itu, Mohamad Ezam ada memberitahu saya dan dua orang lagi mengenai rancangan Anwar dan turut memaklumkan Anwar yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak boleh bekerjasama dengan Mahathir.

"Mohamad Ezam memaklumkan Anwar sudah tidak boleh tahan dengan Mahathir dan tidak bersetuju dengan dasar ekonomi dan politik yang dibawa oleh Mahathir," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Lokman merupakan saksi keempat defendan yang memberi keterangan pada hari kedua pendengaran kes saman fitnah RM100 juta difailkan Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Lokman, yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata Mohamad
Ezam pernah memujuknya untuk menjadi sebahagian daripada rancangan Anwar untuk
menjadi Presiden Umno.

Saksi keempat itu berkata beliau ada berjumpa dengan seorang pegawai khas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika itu (1998) untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya sama ada Anwar mempunyai rancangan untuk 'menikam  belakang' Mahathir ataupun ia rancangan Mohamad Ezam.

Lokman berkata, rancangan Anwar itu telah disahkan oleh pegawai khas kepada Ahmad Zahid.

Lokman turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau berada di kediaman rasmi Anwar pada 2 September 1998 semasa tiga orang polis menyerahkan surat kepada Anwar berhubung pemecatan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Saya katakan beliau (Anwar) dipecat kerana usahanya untuk menggulingkan Mahathir," katanya.

Lokman berkata, beliau juga telah dipecat sebagai anggota Umno pada 6 Oktober 1998 selepas Anwar dipecat daripada jawatannya itu pada 2 September 1998.

"Selepas itu, saya masuk PKR dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Pemuda PKR tetapi digugurkan daripada parti itu pada 2004 selepas mengkritik kepimpinan parti itu," katanya yang turut memaklumkan Anwar adalah idolanya sebelum ini.

Pendengaran kes saman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan bersambung Khamis.

Khairy turut hadir di mahkamah hari ini. Beliau yang merupakan saksi defendan pertama selesai memberi keterangannya semalam.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman fitnah itu dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu naib ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008.

Katanya, perkataan fitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com. –Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.