Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERUSI TAK TERJEJAS


Kedudukan kerusi terjejas pendapat tidak matang
SPR
SPR
 
BANYAK pihak membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persempadanan semula dengan alasan ia memberi kesan kepada parti politik di negara kita.

Dalam isu ini, ada sesetengah pihak yang menunding jari mengatakan tindakan SPR ini hanya akan menguntungkan satu pihak sahaja.

Namun penganalisis politik, Dr Zaini Othman berkata, dakwaan parti politik itu adalah tidak relevan.

“Persempadanan merupakan aktiviti struktural SPR bagi memberi lebih ruang perwakilan masyarakat  dalam sistem perwakilan demokrasi negara.

“Saya berasa bahawa dakwaan parti-parti politik yang mengatakan bahawa kerusi mereka terjejas melalui proses ini adalah tidak matang,” katanya.

Menurutnya lagi, jika bantahan dibuat oleh parti-parti politik, ini hanya akan menyekat peluang mereka di dewan perwakilan.

“Bantahan boleh dibuat namun kesannya nanti ialah bantahan yang diterima ini akan menyekat peluang untuk lebih suara wakil rakyat  di dewan perwakilan,” katanya lagi.

Beri kesan kepada pengundi

Berbeza pula dengan pandangan penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, beliau mengatakan bahawa persempadanan semula ini akan memberi kesan kepada pengundi.

“Kesannya adalah pada pengundi kerana tidak wujud kerusi baru serta persempadanan semula ini membabitkan pemindahan pengundi daripada kumpulan etnik tertentu,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa ada kawasan yang akan didominasi oleh etnik tertentu serta akan dilihat bersifat etnik.

“Ada kawasan yang akan didominasi oleh etnik tertentu menyebabkan kawasan itu dianggap sebagai pengundian berdasarkan kaum.

“Ia juga akan dilihat bersifat etnik apabila melihat jumlah pertambahan undi mendadak di sesetengah kawasan,” katanya lagi.

Baiki strategi

Menurutnya melalui persempadanan semula ini, parti-parti politik boleh mengambil positif perkara ini dan perbaiki strategi  kempen mereka.

“Baik pihak kerajaan mahupun pembangkang melihat wujudnya kelemahan daripada pihak mereka dan melalui perkara ini, mereka boleh menyusun semula strategi mereka,” tambahnya lagi.

Ambil masa

Katanya lagi, bantahan boleh dibuat dan SPR juga perlukan tempoh masa untuk melakukan persempadanan semula ini.

“Bantahan boleh dibuat namun SPR terikat dengan peraturan serta tempoh masa untuk melakukan persempadanan semula ini berdasarkan kepada penambahan dan perubahan geografi negara,” katanya lagi.

Tambah beliau, proses ini adalah suatu penambahbaikan kerana sistem ini turut menjadi amalan di beberapa buah negara maju lain.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.