Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ELOK BAGI LIM KIT SIANG JADI PI EM


Kajian: Anwar tetap jadi pilihan tadbir negara
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto AFP

SHAH ALAM - Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih popular dan menjadi pilihan pengundi di negeri ini untuk menjadi pemimpin negara.

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, hasil kajian itu menunjukkan Anwar tetap menjadi pilihan pengundi walaupun beliau sedang dipenjara.

"Ini menunjukkan pengaruh dan aura beliau masih ada dalam masyarakat termasuk di Selangor," katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE : Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, di sini, hari ini.

Dalam kajian itu, lima pemimpin pembangkang disenaraikan sebagai tokoh yang mampu menjadi pemimpin negara.

Anwar (30 peratus); Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad (24 peratus); Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (17 peratus), Penasihat DAP, Lim Kit Siang (15 peratus) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (14 peratus).

Dalam kajian sama, Anwar turut dipilih untuk menerajui kepimpinan negara bagi mengembalikan keseimbangan kecemerlangan negara.

Sebanyak 40 peratus pengundi bersetuju Anwar perlu menerajui Malaysia untuk mengembalikan keseimbangan negara manakala 29 peratus akui tidak pasti.

Melalui pecahan kaum, 39 peratus kaum Melayu menolak Anwar namun kaum Cina dan India bersetuju Anwar menerajui negara dengan masing-masing 43 peratus dan 46 peratus.

Menurut Mohamad Redzuan, setiap kali kajian dijalankan, soalan berkaitan Anwar akan tetap ditanya untuk melihat penerimaan rakyat negeri itu terhadap Anwar yang sedang menjalani hukuman.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Februari tahun lalu.

3 orang berkata:

Azim Alias said...

Pak karamu, esok lusa kita mati jugak. Berhentilah buat fitnah dan memburukkan sesama manusia. Pilihlah syurga.... Bukannya neraka...

Anonymous said...

Dah kenapa marah sangat org Pis? Sebab hadi x popular ke...org mahukan perubahan bukan persahabatan dgn umno. Zaman sekarang berlumba pak ustaz sokong org zalim. Saman bila aayik kaji je..sekejap pakai peguam ni, sekejap peguam lain...pening abis duit tabung bayar peguam....saman tak juga!

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.