Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUU DISERAH KEPADA MP BN


Pas serah memorandum RUU 355 kepada MP BN
Pas serah memorandum RUU 355 kepada MP BN
Mohd Zawawi(tiga kiri) menyerahkan memorandum cadangan pindaan RUU 355 kepada Dr Noor Azmi(empat kanan) sambil diiringi kepimpinan Pas kawasan Bagan Serai. - Foto Sinar Harian

BAGAN SERAI – 20 ahli kepimpinan Pas kawasan Bagan Serai menyerahkan memorandum cadangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali di pusat khidmat Ahli Parlimen itu, di sini petang tadi.

Setiausaha Pas Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan, memorandum ditandatangani 200 penduduk Parlimen Bagan Serai diserahkan pihaknya bagi mendapatkan sokongan Dr Noor Azmi dalam memastikan pindaan RUU 355 diluluskan pada sidang Parlimen dijangka berlangsung Oktober ini.

Menurutnya, sokongan Ahli Parlimen dari BN itu penting dalam memastikan usaha memperkasakan undang-undang syariah dapat dilaksanakan dan dinaik taraf seiring dengan keperluan masyarakat Islam negara ini.

“Kami kepimpinan Pas kawasan Bagan Serai mewakili seluruh pengundi Pas dan umat Islam Parlimen Bagan Serai memohon YB Dr Noor Azmi menyokong cadangan pindaan RUU 355 yang  dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April lalu.

“Setelah 32 RUU 355 tidak dipinda, sudah tiba masanya undang-undang syariah hanya melibatkan kepentingan umat Islam dinaik taraf bagi mengukuhkan kualiti kehidupan masyarakat Islam di negara ini yang semakin terhakis,”katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum mengandungi sebelas muka surat itu kepada Dr Noor Azmi sambil disaksikan Timbalan Yang Dipertua(YDP) Pas kawasan Bagan Serai, Husin Din, Setiausaha Pas kawasan, Mohd Padli Aziz, Ketua Penerangan Pas kawasan, Shamsudin Mokhtar, Pengarah Pilihan Raya Pas kawasan, Azuan Ali, dan Ketua Muslimat Pas kawasan, Rohaya Bakar.

Sementara itu, Dr Noor Azmi ketika ditemui berkata, sebagai wakil rakyat beragama Islam, dia bersedia menyokong cadangan pindaan RUU 355 dibawa Pas dan melihat akta itu perlu diperkasakan demi kepentingan umat Islam negara ini.

Menurutnya, akta berusia 32 tahun itu sudah lapuk dan perlu ditambah baik terutama dari aspek peningkatan kadar hukuman yang dianggap terlalu ringan bagi pesalah jenayah syariah.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.