Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MH 17 TERUS DISIASAT


AS teruskan kerjasama dengan JIT siasat MH17
MH17: Tunggu maklumat Rusia
Seramai 298 mangsa terbunuh dalam tragedi MH17 yang berlaku pada Julai 2014. - Foto: Reuters

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat hari ini sekali lagi menegaskan komitmennya akan terus bekerjasama dengan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) untuk menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, John Kirby juga meminta negara lain yang mempunyai kedudukan untuk membantu, bekerjasama sepenuhnya bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab dapat diadili.

Semalam, Belanda yang mengetuai JIT, membuat kesimpulan dalam laporan interim bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.

Sementara itu, menurut kenyataan dari laman web pasukan Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda, pelancar peluru berpandu Buk dilancarkan dari sebuah ladang berhampiran bandar Pervomaiskyi, yang pada ketika itu, dikawal oleh pejuang pro-Rusia.

"Walaupun tiada apa yang boleh memadamkan kesedihan mereka yang kehilangan insan yang disayangi pada hari tragik itu, pengumuman ini adalah satu lagi langkah ke arah membawa mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu ke muka pengadilan," kata Kirby dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di Malaysia di sini.

Kirby berkata dapatan itu menyokong kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry selepas tragedi MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara yang dilancarkan dari wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah disokong Rusia, di timur Ukraine.  
  
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, dan hanya itu satu-satunya cara.

Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.

Pesawat Boeing B777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, apabila ditembak di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Tahun lepas, Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara di timur Ukraine.

Laporan itu dibentangkan selepas 15 bulan penyiasatan dijalankan dengan Pasukan Penyiasat Bersama dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Boo cerita basi. Ini kan kospirasi...tiada yang bersalah. Buat apa nak siasat!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.