Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NASIB PRIBUMI


Nasib Bersatu sama macam Semangat 46
Logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

SHAH ALAM - Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka bakal menerima nasib sama dengan parti serpihan Umno, Parti Melayu Semangat 46.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, ia berdasarkan hakikat parti itu wujud atas dasar protes kepada kepimpinan Umno sekarang.

"Kerana itu, parti ini tidak akan kekal lama. Parti ini akan jadi macam Semangat 46. Akhirnya, ahli parti ini akan kembali kepada Umno.

"Ini protes dalaman jadi mereka memberi teguran secara tidak langsung kepada parti bahawa kalau parti tidak melakukan perubahan, maka ahli Umno akan berkurangan," katanya kepada Sinar Online.

Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah ditubuhkan tahun 1988 dan sempat bertahan selama lapan tahun apabila ia dibubarkan pada Mei 1996 dan beliau kembali bersama Umno.

Sementara, Bersatu yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ditubuhkan awal bulan ini selepas kira-kira sebulan membuat permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Dalam pada itu, menurut Samsu Adabi, kenyataan pemimpin Umno yang seolah-olah tidak kisah ahlinya keluar menyertai Bersatu hanyalah merupakan strategi politik.

"Setiap parti apabila ahlinya keluar, mereka akan risau sebenarnya. Tapi mereka tidak boleh menunjukkan kerisauan sebab situasi akan nampak lagi buruk kalau mereka tunjuk risau.

"Mereka cuba menunjukkan kepada ahli-ahli, yang nak keluar terpulang kepada mereka.

"Mereka guna istilah pembersihan, buang penyakit, buang buruk dan sebagainya supaya menampakkan parti tidak memerlukan ahli-ahli yang tidak setia. Kalau dari satu aspek, ada kebenarannya pendekatan itu," katanya.

Namun katanya, Umno memang tak boleh mengelak hakikat bahawa partinya memang sedang mengalami perpecahan dan kemerosotan ahli.

"Kita boleh lihat sejauh mana peningkatan keahlian Bersatu dalam jangka masa enam bulan ini. Di situ kita akan lihat kesannya kepada Umno.

"Tapi ia akan mengambil masa sebab itu formula adakan pilihan raya dalam masa terdekat itu akan menguntungkan Umno," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.