Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPR SUDAH BERSUARA SAPA TAK PUAS HATI SILA BUAT BANTAHAN


SPR saran bantah ikut saluran betul
SPR saran bantah ikut saluran betul
Mohd Hashim.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa kajian semula persempadanan dibuat bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu. 

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, dakwaan itu tidak benar kerana SPR telah menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.  

"Kuasa meluluskan syor-syor itu  terletak di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat, setiap ahli parlimen boleh membahaskannya semasa pembentangan di Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Sinar Harian semalam melaporkan dakwaan pembangkang yang menyifatkan persempadanan semula oleh SPR sebagai satu pengkhianatan kepada Perlembagaan Negara.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, proses itu akan mengakibatkan 18 daripada 89 kerusi pembangkang terancam kerana didakwa mewujudkan polarisasi kaum dalam negara.

Mengulas lanjut, Mohd Hashim berkata, SPR menyarankan supaya pihak yang berkelayakan membuat bantahan atau representasi harus mengambil peluang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan untuk mengemukakan bantahan, bukannya membuat tuduhan melulu terhadap suruhanjaya itu.  

"SPR amat mengalu-alukan setiap bantahan dan representasi, namun ia perlu dikemukakan secara rasmi mengikut saluran dan perundangan yang ditetapkan," tegasnya. 

Katanya, masih terlalu awal bagi SPR untuk memberi sebarang ulasan kepada umum mengenai tuduhan kepada badan itu. 

"Proses pameran sedang dijalankan dan prosiding siasatan tempatan (local inquiry) akan dijalankan selepas ini bagi menilai bantahan dan representasi daripada pihak pembantah," katanya.

Mohd Hashim berkata, SPR juga tidak alan membuat kenyataan berkaitan dakwaan yang menyentuh isu kandungan dan syor tersebut kerana ia juga masih di peringkat syor. 

"Syor-syor yang dipamerkan itu adalah cadangan awal, bukannya muktamad, ianya perlu melalui proses siasatan tempatan dan perlu mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum boleh dikuatkuasakan," katanya.

Bermula Khamis lalu, SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah. 

Kajian itu bagaimanapun didakwa tidak adil oleh beberapa pemimpin pembangkang.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.