Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LU, AAAA MULUT GATAI .... ?


Peguam: Jeff Oii serah diri esok
Jeff Ooi

GEORGETOWN - Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun akan hadir di Balai Polis Jalan Patani di sini esok untuk membantu siasatan berhubung komen beliau mengenai kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Peguamnya RSN Rayer ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, anak guamnya akan hadir di balai polis itu, tengah hari esok.       

"Jeff akan memberi keterangan dan akan memberi kerjasama kepada polis berhubung kes itu," katanya.


Jeff akan diwakili peguam Rayer, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan Lim Lip Eng dalam kes itu.

Ahli Parlimen DAP itu dikritik sejak Jumaat lalu selepas didakwa memuat naik status, "Adios Harun Din. Let There Be Peace" dalam akaun Twitternya dan berikutan insiden itu, beliau telah menukar akaunnya daripada awam kepada peribadi.

Jeff kemudian menafikan catatan di Twitternya kerana beliau berkata, imej yang diedarkan telah dimanipulasi melalui Photoshop dan menegaskan dia mempunyai kuasa penuh ke atas akaun media sosialnya.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Jeff untuk menyerah diri kepada polis jika beliau mahu proses itu berjalan lancar.    

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau org melayu ckp bolehlah marah. Ini bangsa cina. Contoh...
Kalau kita ke workshop utk baiki kereta dan tauke tu kata " Wa tarak sinang "
Kita pasti terasa tauke ni kurang ajar tp hakikatnya itu lah nahu/tatabahasa mereka. Tiada niat pun nak kurang ajar/biadap. Org melayu ni bahasanya diajar dr kecil dgn ayat bunga. Jangan tisu sangat...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.