Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALHAMDULILLAH SYUKRAAAAN !


'Suami selamat, kata hati saya benar'
'Suami selamat, kata hati saya benar'
Mohd Saifudin (tengah) disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan oleh ahli keluarga yang menunggu kepulangannya sejak dilaporkan hilang pada 15 September lalu. 
 
ENDAU - Kata hati isteri kepada seorang nelayan yang percaya suaminya masih hidup selepas dilaporkan hilang di perairan Pulau Tioman, Rompin pada 15 September lalu terbukti benar.

Mangsa, Mohd Saifudin Mamat, 32, dipercayai terjatuh dari bot dengan memakai pelampung keselamatan sekitar jam 11.00 malam ketika membaiki pukat dan gagal diselamatkan oleh rakannya.

Terharu dengan kepulangan suaminya, Ariffah Osman, 31, berkata, sepanjang tempoh pencarian oleh pasukan penyelamat, dia banyak berdoa dan melakukan solat hajat memohon kepada ALLAH supaya suaminya selamat.

"Pada mulanya saya hanya mampu menangis tetapi hati sentiasa berkata bahawa suami saya masih hidup dan apabila dapat tahu berita yang dia selamat, saya sangat bersyukur," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Raja Arifin, di sini, malam tadi.

Mohd Saifudin yang ditemui menceritakan detik cemas ketika terapung di laut selama enam jam dan terbayangkan wajah isteri serta keluarga tersayang.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu dia tidak berhenti membaca surah tiga Qul dan berdoa sambil mengharapkan akan ada bot-bot nelayan memberikan pertolongan selain hanya terbayang ajal yang bakal menimpanya.

"Saya terlalu panik ketika jatuh ke laut dan ditambah pula mengalami kekejangan otot kaki menyebabkan saya seolah sudah putus harapan.

"Selepas kira-kira enam jam terapung tiba-tiba ada sebuah bot nelayan kebetulan melalui kawasan itu dan menemui saya, syukur mereka telah menyelamatkan saya," katanya.

Beliau berkata, ketika berada di dalam bot itu, mereka gagal berhubung dengan bot-bot lain serta pihak berkuasa menyebabkan dia terpaksa terus menumpang sebelum dipindahkan ke sebuah bot lain milik nelayan dari Endau.

Dia juga terpaksa mengikut bot berkenaan selama empat hari menangkap ikan di laut kerana menghadapi masalah perhubungan sebelum tekongnya berjaya menghubungi pihak berkuasa yang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat di kedudukan 24 batu nautika barat laut Pulau Tioman sebelum dibawa ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

"Saya bersyukur kepada Ilahi kerana pulang dengan selamat dan te rima kasih kepada semua yang terlibat membantu hingga saya selamat sampai di rumah," katanya.

Menerusi ihsan Maritim Malaysia, Mohd Saifudin dihantar pulang dan selamat tiba di rumahnya di Jalan Haji Ariffin, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.      

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.