Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AWAT BARU SEKARANG CAKAP KENA JAGA LIDAH ? DULU LAIN MCAM CAKAP, APSAL ?


Ahli politik jangan mencabar, kena jaga lidah!
Md Shukri Shuib
Md Shukri Shuib

SHAH ALAM – Tidak perlu bagi ahli politik untuk cabar-mencabar ketika memberi kenyataan atau berucap dalam sesuatu majlis, demikian pandangan dilontarkan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.

Menurutnya, pemimpin politik yang matang sepatutnya menjaga lidah masing-masing bagi mengelakkan timbulnya permasalahan dalam arena politik masing-masing.

“Setiap pemimpin janganlah cabar-mencabar. Jaga lidah masing-masing dalam politik. Lebih baik bersederhana dalam setiap program.

“Bila ada yang mengeluarkan kenyataan mencabar ahli parti keluar daripada parti, itulah yang sampai ada yang keluar parti dan mahu tarik rakan-rakan lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Md Shukri diminta mengulas berhubung tindakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar yang mengisytiharkan keluar Umno kerana dicabar untuk berbuat demikian.

Menerusi satu kenyataan, Mohd Hamidi berkata, tindakan itu selaras dengan cabaran  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mahu beliau keluar daripada parti keramat Melayu itu pada bulan Mei lalu.


Justeru menurut Md Shukri, perbuatan cabar-mencabar ini pada akhirnya hanya akan merugikan parti yang dinaungi oleh pemimpin politik tersebut.

Ujarnya lagi, sebagai pemimpin politik berjiwa besar, ahli politik sepatutnya mengkaji terlebih dahulu impak dan kesan sebelum menyampaikan sesuatu kenyataan.

“Kaji setiap komen dan kenyataan dulu sebelum dikeluarkan.Biarlah sepatutnya (ahli politik di negara ini )berjuang secara adil dalam arena politik,” katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Umngo cabar ahli keluar parti.
Pah halau ahli keluar parti.

Eh macam ada pesamaan la...
Byk sgt makan dedak kot....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.