Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUASANA POLITIK NEGARA AKAN LEBIH BERKECAMUK


Umno, DAP akan jadi lebih kuat
Umno, DAP akan jadi lebih kuat
 
SETELAH  isu cadangan peta persempadanan semula diumumkan, semua komponen parti sama ada BN mahupun pembangkang secara terus terang menyatakan ia tidak memihak kepada mereka, sebaliknya lebih menguntungkan lawan.

Sekiranya mengambil kenyataan semua parti ini, semuanya tidak puas hati dan parti mana pula yang akan dapat manfaat?

Penganalisis politik merangkap Timbalan Pengarang Sin Chew Jit Poh, Tay Tian Yan menulis, rakyat seharusnya jangan percaya kenyataan daripada pemimpin politik ini kerana ia cuba mengaburi mata pengundi.

"Apa yang perlu diberi perhatian dan diutamakan ialah bakal wujudnya polarisasi kaum hasil daripada persempadanan semula ini. Apabila wujud keadaan ini, sesebuah parti yang berasaskan perkauman pastinya akan meraih kemenangan lebih besar berbanding dengan parti-parti yang mengharapkan undi pelbagai kaum," kata Tian Yan.

Beliau menulis, parti-parti yang didukung oleh sesuatu kaum akan mendapat kelebihan daripada persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR ini.

"Sebagai contoh, Umno yang disokong oleh pengundi Melayu akan terus mempertahankan kawasan Melayu yang ditandingi mereka. Begitu juga dengan DAP akan terus menjadi juara di kawasan majoriti Cina dan bakal terus memperluaskan pengaruh mereka.

"Sebaliknya, parti-parti seperti PKR, MCA dan Gerakan bakal menjadi mangsa kepada persempadanan semula ini. Ini adalah kerana PKR walaupun dipimpin oleh kaum Melayu, namun ia menerima sokongan kuat daripada pengundi Cina.

 "Manakala MCA dan Gerakan walaupun adalah parti yang berlatarbelakangkan parti Cina, namun kedua-dua parti ini tetap memperoleh banyak undi dari kaum Melayu," katanya.

Beliau meramalkan setelah kawasan campuran semakin kurang, parti-parti yang akan bertambah kuat pastilah Umno dan DAP yang masing-masing mempunyai sokongan daripada Melayu dan Cina.

Akhir sekali, beliau bertanyakan apakah masa depan politik Malaysia akan menjadi lebih bersifat perkauman sekiranya cadangan peta persempadanan semula ini diluluskan di parlimen.

Jelaskan di mana kesilapan Pas

Persatuan Hokkein Malaysia perlu menjelaskan akta manakah yang telah dilanggar Pas setelah parti itu berhasrat membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bulan depan.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, ketika mengadakan pertemuan dengan rombongan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur minggu lalu, pemimpin-pemimpin persatuan berkenaan perlu mencuri kesempatan untuk bertanyakan di manakah kesilapan Pas untuk membentangkan pindaan Akta 355.

"Pemimpin-pemimpin persatuan Hokkein sepatutnya jelaskan kepada Abdul Hadi dan rombongannya di dalam akta Perlembagaan Persekutuan manakah Pas telah langgar. Malangnya pertemuan itu tidak membawa apa-apa sebarang penyelesaian kerana tiada sesi dialog diatur," katanya dalam satu kenyataan kepada China Press.

Menurut Anuar lagi, ketika pertemuan itu, sepatutnya tidak timbul masalah komunikasi kerana Abdul Hadi telah menggunakan bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh semua orang.

Shila Amzah sasar golongan muda

Penyanyi Shila Amzah yang dilantik menjadi duta pelancongan di China beberapa bulan lalu adalah bagi membantu menarik masuk rakyat republik itu melancong ke  Malaysia, terutama sekali golongan muda.

Manakala seorang lagi penyanyi veteran dari Taiwan, Chiang Yok Heng turut dipilih sebagai duta kedua untuk menarik golongan dewasa.

Demikian penjelasan diberikan oleh pegawai multimedia Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tai Hee How kepada Sin Chew Jit Poh setelah pemilihan Yok Heng mencetuskan kontroversi di laman sosial memandangkan statusnya bukan warganegara Malaysia.

"Ramai tidak tahu populariti Yok Heng amat baik sekali di China walaupun beliau telah lama meninggalkan dunia hiburan. Kementerian tidak pilih penyanyi-penyanyi yang terkenal di Malaysia kerana kebanyakan mereka masih kurang dikenali di China berbanding dengan Yok Heng," jelasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.