Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA TIDAK SUKA UNTUK FAHAM

'Beritahu kami apa yang kamu tak faham'
'Beritahu kami apa yang kamu tak faham'
Abdul Hadi dan Chai Kaa (empat dari kanan) ketika sesi pertemuan kelmarin. Foto Faceboo Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 
 
SHAH ALAM - Pas meminta Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien, Tan Sri Khoo Chai Kaa menyenaraikan kepada pihaknya segala perkara yang tidak difahami berhubung pindaan RUU 355.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya bersikap terbuka berhubung kenyataan yang dibuat Chai Kaa kelmarin yang mendakwa tidak memahami penjelasan dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau beliau tak faham, minta beliau beritahu kita apa yang tak faham itu, yang mana beliau tak faham...tujuan Akta 355 atau prosedur yang kita nak laksanakan itu. Beritahu kita.

“Kita boleh berhubung dengan pihaknya semula melalui surat, telefon. Saya rasa tidak wajar pemimpin untuk satu pertubuhan yang besar sejurus kita mengadakan sesi dialog tiba-tiba kamu keluarkan kenyataan, ‘kami tak faham’. Begitu sahaja.

“Sepatutnya ruang yang ada pada perjumpaan itu diambil sebagai peluang untuk memahami perkara itu. Kemudian, apabila kita (merujuk kepada pihak persatuan) sudah faham, terpulanglah apa pendirian kita,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Kelmarin, Chai Kaa dilaporkan mengakui tidak memahami ucapan Abdul Hadi pada sesi penerangan persatuan itu dengan Pas dan akan meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah pindaan tersebut seperti yang dirancang sebelum ini.

Persatuan itu didakwa langsung tidak bertanyakan soalan kepada Abdul Hadi pada sesi pertemuan di pejabat mereka.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk mengadakan sesi penerangan kedua dan seterusnya kepada persatuan berkenaan.

“(Sesi kali kedua dengan Persatuan Hokkien) Boleh...boleh. Saya meminta sekali lagi, senaraikan apa yang beliau tak faham itu. Kita boleh berhubung balik. Kita terbuka. Katakanlah beliau tak faham, adakah Akta 355 ini berkait dengan pelaksanaan hudud dan sebagainya, beritahu kita.

“Sila nyatakan kepada kita apa yang mereka tak faham supaya kita boleh ambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, Pas akan terus mengadakan sesi penerangan kepada umum dan paling hampir Abdul Hadi akan membuat sesi itu kepada pihak media, Khamis depan.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.