Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Nak bagi susah rakyat ?


Selangor tidak perlu adakan pilihan raya mengejut
Azmin Ali
Azmin Ali

SHAH ALAM - Selangor tidak perlu mengadakan pilihan raya mengejut berikutan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya tidak boleh mengkhianati mandat yang diberikan rakyat Selangor kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

"Tidak perlu (pilihan raya mengejut) sebab mandat yang diberi rakyat Selangor pada 2013 adalah amat besar, dan mandat itu diberi untuk tempoh lima tahun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Agensi-agensi Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja 'mengubah' peta negeri itu.

Selain Lim, beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain mempersoal persempadanan semula yang diumumkan SPR pada Khamis lepas.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan Selangor akan meneliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya berkenaan sebelum membuat sebarang bantahan terhadap cadangan tersebut.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan sekiranya persempadanan itu dilihat tidak mengikut terma atau peruntukan yang telah ditetapkan.

"Kita sedang teliti (persempadanan itu) dan petang ini, saya akan bertemu dengan barisan peguam untuk melihat kemungkinan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada ruang bagi maksud tersebut," katanya.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan bahawa kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan satu kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang. –Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Nak hidup. Rakyat lantak pi lah. Janji bn menang.

Anonymous said...

Parti yg tak join pembangkang memang nak bagi susah rakyat.

Anonymous said...

Parti yang masih menyokong ameno adalah parti Yang tiada tanggung jawab kepada rakyat

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.