Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMANAH MULUT BESAR AHLI TAK SAMPAI 100 RIBU


SEPATUTNYA AMANAH PUNYA AHLI LEBIH 300 RIBU, SEBAB AMANAH MULUT BESAR, NAMUN SUDAH MERASA GAH, KEAHLIAN MCA DAN MIC TAK PERLU DIBANDINGKAN DENGAN PAN SEBAB TAK LAYAKPUN  NAK BANDINGKAN, INI SEMUA ORANG TAHU, KENYATAAN ANUAR TAHIR SEBENARNYA SATU PROPAGANDA MURAHAN SAHAJA - Pak Karamu                                                                       
 
Amanah lebih gah daripada MCA, MIC
Mohd Anuar Tahir
Mohd Anuar Tahir – Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Setelah lebih setahun penubuhan, Parti Amanah Negara (Amanah) kini boleh diibaratkan, 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' dengan parti utama yang lain.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata, selepas dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015, boleh dikatakan Amanah kini lebih gah daripada MCA dan MIC.

"Saya boleh katakan berdasarkan pengalaman apa yang ada pada Amanah adalah sangat unik, kami tidak ada nama besar tiada bekas Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, kami hanya ada sekumpulan orang politik yang punya pengalaman, iaitu profesional dan ulama.

"Jadi saya percaya kita (Amanah) lebih kuat daripada parti dalam BN, saya boleh katakan kita  jauh lebih besar dan kuat daripada MCA, atau MIC," katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersamanya di Ibu Pejabat Amanah, di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekuatan Amanah kini, Anuar berkata walaupun boleh dikatakan Amanah baru setahun jagung penubuhannya namun parti itu berjaya mewujudkan 400 cawangan iaitu dari Perlis hingga ke Sabah.

"Walaupun ahli parti kita masih di bawah angka 100,000 namun kita ada struktur parti yang kukuh," katanya,

Parti Amanah akan mengadakan Konvensyen pertamanya pada 10 dan 11 Disember ini di, Shah Alam Convention Centre (SACC) , Shah Alam.

Parti ini didaftarkan sebagai Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Sejak penubuhannya Pan cakap besar. Nak tunjuk hebat konon. Arah tuju parti pun tak tentu hala. Apa yg dibuat hanya pak angguk utk Dap.

Anonymous said...

Sbb banyak di kalangan kami tidak mendaftar sebagai ahli parti amanah negara,, tertapi kami tetap menyokong parti amanah negara 100%

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.