Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGANALISIS POLITIK INI MASIH TIDO RUPANYA ....

PENGANALISIS NAK SEBUT PAKATAN APA NI ? PAKATAN HARAPAN ATAU PAKATAN RAKYAT, CER TANYA PAS MEREKA MASIH BERSAMA DI SELANGOR BERDASARKAN PAKATAN HARAPAN KE PAKATAN RAKYAT ? PAS MASIH LAGI MENGIKTIRAF PAKATAN RAKYAT WALAUPUN DIKATAKAN TELAH BERKUBUR, DENGAN PKR PAS MASIH ADA HUBUNGAN TAHALUP YANG DIBUAT PADA ZAMAN PAKATAN RAKYAT, KALAU ADA YANG KATA PKATAN RAKYAT SUDAH MATI ITU DIA ORANG PUNYA PASAL, TAPI TANGGAPAN PAS PAKATAN RAKYAT MASIH UJUD - Pak Karamu
 
 
Penganalisis: Pas ibarat ‘sesumpah’
Penganalisis: Pas ibarat ‘sesumpah’

SHAH ALAM - Parti Pas perlu menyatakan pendirian mereka dari segi sokongan dan pendekatan politik yang ingin dibawa kerana dalam situasi sekarang, parti Islam itu dilihat seolah-olah sebuah parti yang tidak konsisten pendiriannya.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kepada Bersatu bahawa mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.

“Pas sebenarnya adalah parti yg tidak konsisten pendiriannya. Saya rasa daripada menyatakan kritikan kepada Bersatu, baik Pas nyatakan pendirian dari segi sokongan  dan pendekatan politik yang ingin dibawa. 

"Dalam keadaan sekarang Pas seperti ‘sesumpah’ yang boleh berubah rupa apabila tiba masanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kenyataan Takiyuddin juga sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi tentang kedudukan dan masa depan Pas di peringkat kerajaan negeri Selangor apabila dilihat terdapat kemungkinan percanggahan pendirian antara Pas pusat dan negeri.

“Dari segi prinsipnya, Pas Selangor perlu mengundurkan diri. Adalah tidak teguh prinsip perjuangan menyokong Pakatan di Selangor tetapi tidak di peringkat Pusat. Rakyat akan berpersepsi tidak molek kepada Pas. “Bersatu pula memang sebelum ini menyatakan hasrat supaya Pas menyertai Pakatan, namun saya tidak pasti pendirian terkini Bersatu. 

“Mungkin Bersatu sudah putus asa dengan pendirian Pas yang tidak jelas. Jadi, dalam pengamatan saya, kemungkinan Pas untuk tidak menyertai Bersatu dan Pakatan adalah tinggi,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

PAS pelacur agama.

Anonymous said...

Pakatan baru terdiri drp PKR, dap, amanah dan bersatu dikenali sebahagian PAKATAN HARAPAN.

pas kalau tak tau malu, muka tebal mcm kulit baby, duduklah kat Selangor tu. Tapi kalu ada maruah diri, ada walak kepala butto, sila berambooooss

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.