Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGUS ! JIKA ORANG ASLI TAK UNDI PAS DAN BN

DAH JANGKA DAH, JIKA TAK ADA ORANG DISEBALIK TABIR, ORANG ORIGINAL TAK SAMPAI SIKAP MEREKA BEGINI, JIKA ADA KEPERLUAN MEREKA BO;EH MINTA SAMA SAPA MEREKA AKAN UNDI, MEREKA BOLEH BUAT UNDANG-UNDANG SENDIRI, CERDIK JUGA ORANG ORI NI - Pak Karamu
 
 
Masalah balak: Orang Asli tak akan undi Pas, BN
Masalah balak: Orang Asli tak akan undi Pas, BN

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli di sini, memutuskan untuk tidak mengundi BN atau Pas pada PRU14 kerana menganggap kedua-dua parti itu tidak membantu dalam konflik mereka hadapi.

Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan), Nasir Dollah berkata, sekiranya kawasan ini bertanding untuk tiga penjuru, mereka akan memilih penjuru ketiga.

“Keputusan ini dibuat sebulat suara kerana kecewa dengan kedua-dua parti berkenaan. Sebelum ini, masyarakat Orang Asli banyak membantu Umno (BN) dalam mengekalkan kedudukan di Gua Musang.

“Namun, sehingga kini mereka (kerajaan) gagal membantu kami dalam menyelesaikan konflik yang melanda. Begitu juga dengan kerajaan negeri yang menolak usul kami bulat-bulat tanpa sebarang rundingan.

“Jadi, buat apa kami mahu menyokong mereka (Pas-BN)? Walaupun haluan parti itu berbeza, mereka sama saja,” katanya.

Terdahulu, seramai 47 Orang Asli yang membina sekatan di Simpang Petei dan Pos Bihai, di sini, ditahan dalam operasi Jabatan Perhutanan Kelantan, dan kesemua bangsal binaan mereka dirobohkan.

Kesemua tahanan itu bagaimanapun dibebaskan selepas dua hari direman, manakala tujuh tahanan dalam operasi kedua di sekatan Pos Pasik, dibebaskan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Operasi itu dibuat setelah Orang Asli di sini tidak mengendahkan notis pemberitahuan untuk mengosongkan kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada aktiviti pembalakan.

Tambah Nasir, bukan sahaja parti, malah masyarakat Orang Asli turut kecewa dengan kenyataan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang tidak membantu, malah menimbulkan persepsi negatif mereka terhadap agensi berkenaan.

“Kami kecewa dengan kenyataan Jakoa bahawa Orang Asli Gua Musang bertindak tidak mengikut saluran yang betul sepertimana laporan akhbar.

“Apakah yang dimaksudkan dengan kekerasan? Tindakan kami sememangnya mengikut perundangan di mana kami bekerjasama dengan pihak berkuasa serta mengikut arahan walaupun Balai Adat kami dirobohkan," katanya.

Menurutnya, pihaknya telah beberapa kali bertemu kerajaan negeri selain menghantar memorandum tuntutan, namun tidak mendapat respons positif.

“Ada baiknya Jakoa dimansuhkan atau pulang balik kepada kami sendiri untuk mentadbir kerana setakat ini 90 peratus Jakoa bukan Orang Asli,” katanya.

Selain itu, Nasir memberitahu, dia terkejut apabila Jakoa menyatakan sebanyak 176,000 hektar diwartakan kepada Orang Asli.

“Saya rasa ini gurauan kerana mengeluarkan kenyataan tanpa fakta dan hitam putih. Sebagai badan kerajaan, pastikan kenyataan mengenai isu tanah berserta dengan bukti yang kukuh.

“Jika begini caranya, sampai bila-bila isu Orang Asli tidak akan selesai dan kami akan terus menjadi kaum yang dianiaya,” katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Undi hak masing2. Org asli nak undi siapapun biarkanlah. Apa Pakkaramu nak sibuk2. Pakkaramu nak undi pas dan umno pun org asli tak marah...

The best win....

Anonymous said...

Kalau pas dan umno di kelantan nak memang senang je. Syaratnya 1 lawan 1. Untuk parlimen bagi calon umno, pas tak payah tanding. Bagi calon dun, pas saja tanding, umno tangan tanding.

Tolak ansur, insyaallah kelantan boleh kekal di tadbir pas.

Kalau dua2 keras kepala, bersedia aje la utk lepaskan kelantan dan msia sekali.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

Lan said...

Sekarang kata bagus lah... Dulu masa PRU sampai amik gambar Tok Guru dengan orang Asli konon PAS ni bela orang asli. Tapi bila Pakarmu kata bagus nampak lah orang agama pun sanggup jual agama sebab nak undi.... Ini bukan politik matang tapi dah Bintang ( Kekadang bintang pun kenang budi orang yg tolong dia)

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.