Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK MENANG BALIK PAYAH DAH ZAHID JADI PI EM

Kerja keras, tebus semula kerusi kalah
Kerja keras, tebus semula kerusi kalah

BENTONG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pengerusi Umno negeri segera mempergiatkan gerak kerja termasuklah memberikan fokus kepada beberapa kawasan yang telah dikenal pasti.

Menurutnya, langkah itu penting bukan sahaja bagi memastikan BN terus mempertahankan kerusi tetapi menebus kembali kekecewaan di beberapa kawasan.

"Selepas ini balik ke negeri masing-masing susun barisan, perkemas jentera, kita rapatkan barisan dalam kalangan kita dalam kalangan parti komponen dan kita turun ke bawah memastikan senarai semak seterusnya pastikan bahawa ada harapan yang besar untuk kita menang.

"Kita ada beberapa kawasan fokus dan saya harap pengerusi perhubungan negeri fokus kepada kawasan-kawasan yang tidak saya sebutkan," katanya ketika berucap pada majlis pertandingan golf dan jamuan makan malam AZH 2016 di sini, hari ini.

Yang hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, semua pemimpin Umno perlu mengamalkan pendekatan berhemah dalam memastikan sokongan padu terhadap BN.

Tambahnya, pendekatan bijaksana juga perlu dilakukan bagi menarik balik ahli-ahli yang terpengaruh dengan beberapa organisasi politik lain khususnya yang baharu ditubuhkan

"Saya berharap 'DNA' Umno dan seluruh parti komponen mesti dipertahannkan agar sesiapa sahaja ada DNA parti, kita pastikan mereka tidak lari dari parti dan saya yakin kita akan dapat menebus beberapa kekecewaan di beberapa kawasan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.