Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAYAR AJE, NO HAL

Blackout 505: Nik Nazmi didenda RM1,500
Blackout 505: Nik Nazmi didenda RM1,500

SHAH ALAM - Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad didenda RM1,500 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, tanpa kebenaran, tiga tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat Nik Nazmi selaku orang kena saman di hadapan Hakim, Datuk Ghazali Cha sebentar tadi.

Ghazali turut memerintahkan Nik Nazmi menjalani hukuman penjara dua minggu sekiranya gagal melunaskan denda itu.

Pada 5 Januari lalu, Nik Nazmi, 34, yang juga Exco Pengerusi Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor didakwa di mahkamah tinggi atas pertuduhan gagal memaklumkan notis 10 hari kepada polis sebelum penganjuran perhimpunan Blackout 505 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jam 8.30 malam pada 8 Mei 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Berdasarkan kronologi, Nik Nazmi didakwa kali pertama pada 17 Mei 2013 atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Beliau kemudian membuat permohonan untuk mengetepikan pertuduhan tersebut namun ditolak oleh mahkamah tinggi pada 1 Nov 2013.

Pada 6 Februari 2014, Nik Nazmi didakwa kali kedua terhadap pertuduhan sama Pada 25 April 2014 panel Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara, membenarkan permohonan Nik Nazmi untuk menggugurkan tuduhan kali pertama terhadapnya dengan alasan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah tidak berperlembagaan memandangkan peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.

Pada 6 Mei 2014, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Yasmin Abdul Razak melepaskan tanpa membebaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan itu dengan mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Nik Nazmi menggugurkan pertuduhan.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Bayar je.
Jangan nak berhutang mcm lebai jerman tu pulak.

Anonymous said...

Apalah sgt nilai 1500 klu nak banding nilai perjuangan utk rakyat.

Membalak bersama ulamak

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.