Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHNIAH DENGAN KETEGASAN INI, AMANAH BOLEH MINTA KERUSI DENGAN DAP DAN PKR

DAP DAN PKR PERLU TUNJUK KESIAN DENGAN PAN, BERILAH MEREKA KERUSI, KAN KE DAP DAN PKR DAH JADI KAWAN HEBAT !!! DAN AMANAH SEPATUTNYA MENYALAKLAH DENGAN KAWAN SETIA MEREKA, SELAMA INIPUN PAS DILANYAK SAMPAI TAK DE SIMPATI LANGSUNG, BILA DEKAT PILIHANRAYA BARU NAK LUNAK-LUNAK, SORI LEEE !  - Pak Karamu                                                                                               
 
 
 
Pas takkan kerjasama, beri Amanah, DAP kerusi
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP menjelang pilihan raya akan datang.

Bertegas untuk tidak memberikan sebarang kerusi buat Amanah dan DAP, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat berikutan rasa kecewa pihaknya terhadap kedua parti tersebut.

"Amanah tidak ada kerusi, macam mana nak bekerja dengan orang yang ada kerusi?

"Saya rasa mereka hanya nak bekerjasama kerana mereka mahukan kerusi. Pas sebelum ini sudah memberitahu, yang kami akan pertahankan kerusi yang ada," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Amanah terdahulu menyatakan kesediaan untuk membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk Pas sekiranya mahu bekerjasama menumbangkan BN.

Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub mengumumkan kesediaan itu ketika ditemui pemberita seusai penyerahan memorandum bantahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke Istana Negara, Mac lalu.

Menurut beliau, Pas memang bermuafakat bekerjasama dengan rakan-rakan parti politik setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, Pas hanya akan bagi kerusi terhadap parti yang bermuafakat dengan mereka pada pilihan raya.

"Amanah keluar bawa lari dengan kerusi sekali. Dah bawa lari kerusi Pas, amanah apa macam tu?

"Yang penting sebenarnya apakah nilai tambah kepada parti yang baharu ditubuhkan? Kalau tarik ahli Umno maka adalah nilai tambah.

"Kalau Amanah (pembangkang) tarik ahli Pas (pembangkang) maka tidak ada nilai tambahnya," bidasnya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Dulu Pan dakwa mereka kuat dan dapat sambutan rakyat. Tetapi yg realitinya mereka semakin dipinggirkan rakyat.

Ibrahim Abdullah Wahab Ibrahim said...

Anggapan tu....semua orang boleh kata...pilihanraya menentukan

Ibrahim Abdullah Wahab Ibrahim said...

Anggapan tu....semua orang boleh kata...pilihanraya menentukan

Anonymous said...

Parti Angkuh Semalaysia semakin mereput menanti tarikh luput.

Takbir!

Anonymous said...

Tak perlu minta dengan sesiapa pun, kalau nak bertanding sahaja yang penting ada pencadang dan penyokong. Masalah 3 penjuru biar rakyat tentukan, jangan menyesal apa-apa yang dikendong belum tentu kekal.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.