BANYAK KENYATAAN PERWAKILAN DI PAU MENUNJUKKAN UMNO SEMAKIN HARI SEMAKIN LEMAH, BOLEH DIKATAKAN KENYATAAN PERWAKILAN TIDAK MENUNJUKKAN SEMANGAT PARTI ITU DI TAHAP YANG BAIK, APA SEBENARNYA YANG BERLAKU TERHADAP PARTI TERSEBUT ? - Pak Karamu
Dulu Pagoh dapat banyak kelebihan, tapi kini...
KUALA LUMPUR - Puteri Umno Pagoh mengakui perlu bekerja keras
menggerakkan jentera parti selepas ketiadaan bekas Timbalan Presiden
Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketuanya, Rohaizah Ahmad berkata, tidak dinafikan kawasan itu menerima banyak kelebihan ketika Muhyiddin masih bersama Umno.
“Lebih-lebih lagi bekas Naib Ketua Bahagian Pagoh (Datuk Dr Shahruddin
Md Salleh) pun sertai Bersatu. Jadi kami kena dua kali ganda kerja kuat.
“Tetapi kami akan gunakan segala pengalaman yang ada sebelum ini.
Puteri sudah bersiap sedia dan kita akan terus gerakkan jentera yang
menyasarkan pengundi muda,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung
Umno 2016, di sini, hari ini.
Menurut beliau, rakyat Pagoh masih memilih Umno walaupun terdapat segelintir yang beralih ke Parti Bersatu diterajui Muhyiddin.
“Memang Bersatu ada 'kacau daun' sikit sebab presidennya dari Pagoh. Tetapi kita tak pandang mudah perkara itu.
“Walaupun Tan Sri Muhyiddin tiada lagi, keakraban sesama ahli Umno
masih kuat. Penduduk di Pagoh pun faham dengan situasi ini dan
kebanyakannya kecewa apabila Muhyiddin duduk sepentas dengan
pembangkang,” katanya.
2 orang berkata:
Johor melepas.
Kelantan melepas.
Tn guru lebai dol punya penangan.
Pau jadi kuih Pau.
Aku x suka kuih Pau.
Pak karamu suka kuih Pau?
Post a Comment