Ribuan Muslim berkumpul di Jakarta bantah Gabenor
JAKARTA - INDONESIA . Ribuan umat Islam berkumpul di pusat ibu negara
Jakarta membantah Gabenor Jakarta yang dituduh menghina Al Quran.
Lautan penunjuk perasaan berpakaian putih berkumpul di sekitar Tugu
Negara melaungkan, berdoa dan membawa sepanduk menutut Basuki Tjahaja
Purnama dipenjarakan.
Memetik Reuters, pegawai polis menganggarkan sekurang-kurangnya 150,000
orang penunjuk perasaan turut serta termasuk penduduk dari
bandar-bandar seluruh pulau Jawa.
Beberapa laporan menunjukkan bilangan penunjuk perasaan lebih daripada 200,000 orang.
Agensi berita nasional Antara berkata, seramai 22,000 anggota polis
akan dikerah untuk mengelak berulangnya keganasan yang tercetus semasa
protes bulan lalu apabila lebih 100 orang cedera dalam pertempuran
dengan polis.
Gabenor Jakarta Purnama, seorang etnik Cina dikenali sebagai Ahok
bertanding untuk pemilihan semula pada bulan Februari berdepan dua calon
Muslim.
Pertandingan merebut jawatan gabenor semakin tegang dan spekulasi
bertiup kencang ia adalah plot untuk melemahkan Presiden Joko Widodo dan
membantutkan peluangnya untuk memenangi penggal kedua pada 2019.
Sementara itu, jurucakap polis, Rikwanto berkata, 10 orang telah
ditahan sebelum Subuh, di bawah artikel kanun jenayah yang meliputi
konspirasi dan tindakan perkhianatan.
Dia daripada mereka telah didakwa di bawah undang-undang teknologi maklumat.
"Mereka kini telah ditahan dan sedang disiasat," kata Rikwanto.
Purnama disiasat atas komen yang dibuat mengenai al-Quran dalam berkempen.
Beliau menafikan salah laku tetapi telah memohon maaf atas kenyataan tersebut.
2 orang berkata:
tergamak berselindung di balik topeng agama..walhal sejarah dah tertulis ko pun tolak ruu masa kawan ngan dap..masyaAllah..
jianbin0301
michael kors outlet
beats headphones
louis vuitton handbags
michael kors outlet clearance
foamposite shoes
louis vuitton outlet store
polo ralph lauren outlet
ugg uk
louis vuitton handbags
coach outlet
Post a Comment