Tunjukkan saja 'taring', kami tak ada masalah
KUALA LUMPUR - "Ahli Umno yang atas pagar atau tidak setia boleh
tunjukkan taring, kami tak ada masalah," demikian tegas Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.
Jelasnya Sohaimi, pihaknya tidak akan menghalang mana-mana individu untuk keluar daripada Umno dan menyertai parti lain.
"Saya yakin ahli Umno setia. Yang mana ada masalah, tunjukkanlah
belang, kami tidak ada masalah. Pergilah kepada parti yang mereka mahu.
[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kenapa Tun M tak sayang kami lagi?’]
"Kalau nak berperang pun, biarlah kita berperang depan-depan. Bukannya
dengan cara menjadi musuh dalam selimut," katanya ketika ditemui Sinar
Online di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan pembangkang yang mendakwa 20 peratus ahli
Umno akan meninggalkan parti menjelang PRU akan datang, Sohaimi berkata,
ia hanyalah provokasi kosong pembangkang.
Beliau malah menggesa pembangkang membuktikan dakwaan tersebut. "Sebelum kata apa-apa, mereka patutnya buktikan terlebih dahulu, " ujarnya lagi.
Semalam, Ketua Pemuda Parti Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris mendakwa
ramai lagi pimpinan Umno Kedah akan meninggalkan parti itu menjelang PRU
akan datang.
Beliau berkata, walaupun sebelum ini ramai bekas pimpinan Umno dari
pelbagai peringkat dan sayap telah menyertai Parti Bersatu Pribumi
Malaysia (Bersatu) di Kedah, kejutan ini mampu menggoncang kedudukan
Umno tidak lama lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment