Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat

ATR-42
Pesawat ATR-42 penerbangan Pakistan International Airlines. - Foto sumber Internet

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas membabitkan penerbangan PK-661 Pakistan International Airlines (PIA) di utara Pakistan hari ini, menurut jurucakap Kementerian Luar.
Beliau berkata Kementerian akan terus memantau perkembangan.

"Pada masa ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden itu," kata beliau ketika dihubungi Bernama malam ini.


Menurut laporan media asing, sebuah pesawat berkenaan membawa 40 orang terhempas di lereng gunung di utara Pakistan hari ini.

PIA berkata pesawat tersebut terputus hubungan dengan menara kawalan ketika dalam penerbangan ke ibu negara, Islamabad, dari wilayah utara Chitral. 

Syarikat penerbangan itu berkata pesawat tersebut terhempas pada jam 1642 waktu tempatan (1142 GMT) di kawasan Havelian di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kira-kira 125 km ke utara Islamabad. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.