Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DISENARAI HITAM

Ri Jong-chol disenarai hitam masuk Malaysia

Kim Jong Nam

KUALA LUMPUR - 'Pakar kimia' Korea Utara, Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan polis Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, kini disenarai hitam daripada memasuki negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini berikutan kerajaan Malaysia tidak mahu wujudnya sebarang elemen yang mahu menjadikan negara ini sebagai pangkalan agenda tersembunyi.

"Beliau masuk ke negara ini dengan hasrat untuk bekerja dengan sebuah syarikat, namun siasatan polis mendapati beliau tidak bekerja di syarikat berkenaan.

"Sebaliknya aktiviti yang beliau lakukan ialah aktiviti yang kerajaan Malaysia tidak pernah kehendaki...kita tidak mahu elemen seperti ini berada di negara kita," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-7 Majlis Belia Felda Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini siasatan kes pembunuhan Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) pada 13 Feb. Jong Nam dilaporkan menggunakan pasport atas nama Kim Chol semasa berada di negara ini. 

Ahmad Zahid berkata Jong-chol, 47, yang kini berada di depoh tahanan Jabatan Imigresen akan diterbangkan ke Beijing malam ini dan seterusnya ke Pyongyang, diiringi dua pegawai Kedutaan Korea Utara.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam berkata Jong-chol, yang direman sejak 18 Feb lepas, akan dibebaskan berikutan kekurangan bukti untuk mendakwanya.

Jong-chol direman sejak 18 Feb berhubung kes pembunuhan Jong Nam dan perintah reman itu tamat hari ini.

Semasa ditanya mengenai dakwaan bahawa dua suspek yang dicari berhubung siasatan itu dipercayai 'bersembunyi' di Kedutaan Korea Utara, Ahmad Zahid berkata beberapa prosedur diplomatik perlu diikuti.

"Selagi seseorang itu berada di mana-mana premis di mana-mana kedutaan, kita perlu mengikut peraturan prosedur diplomatik. Waran itu bukan sahaja untuk diserahkan tetapi beberapa prosedur diplomatik perlu diikuti," katanya. - Bernama

14 orang berkata:

Anonymous said...

Jadilah seperti pemimpin Pas yang berjiwa besar untuk memartabatkan Islam.

Anonymous said...

Apa pun tindakan yang dilakukan, jika ia bertujuan memartabatkan syariat Islam, maka sokonglah. Tindakan kita mempersoalkan usaha tersebut adalah tidak bersesuaian kerana boleh memberi impak yang negatif kepada agama kita dalam jangka masa panjang.

Anonymous said...

Kalau kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan Islam, janganlah kita merosakkan usaha murni yang dilakukan oleh pihak lain. Kita ni selalu sangat memperlekehkan usaha orang lain sedangkan kita tidak pula mampu melakukannya walaupun sedikit.

Anonymous said...

Kalau pengetahuan kita tentang islam pun tak seberapa, tidak perlulah kita mempersoalkan usaha mereka yang lebih berilmu dalam meningkatkan syiar Islam. Kita serahkan mereka yang pakar dalam bidang agama untuk kebaikan bersama.

Anonymous said...

Kalau hendak persoalkan, persoalkanlah perkara yg lebih membawa keburukan kpd umat islam. Judi, arak, zina, rasuah dll. Ruu355 tak perlulah ditentang bersungguh2 kerana ia memberi kebaikan kpd umat islam. Tentanglah perkara yg jelas mungkar. Janganlah pula ruu355 dibesar2kan tetapi dadah, arak, buang anak dll dipandang sepi sahaja.

Anonymous said...

Ulama atau bukan ulama, jika mereka ingin martabatkan islam perlu kita sokong.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Anonymous said...

Setuju. Orang kafir sejak dari dulu tidak pernah reda dengan Islam. Biarkan mereka. Kita yg beragama islam inilah yang wajib mempertahankan agama kita. In Sha Allah.

Anonymous said...

PA$ memurtabakkan Islam dgn harga 90juta.

Anonymous said...

Kami nak tgk Hadi dan mufti Perlis Dr Maza berdialog atau berforum secara langsung. Beri penjelasan kpd seluruh rakyat Msia mengenai ruu355. Walaun biol jgn nak belit2.

Anonymous said...

al keldai alfitnati al PANngani sejak mabuk asmara dgn al khinziri sudah jadi amat bangang.

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Takbirrr! Ya balak ya balak ya dedak ya dedakkk

Anonymous said...

Walaun 5:31 sekor keldai biol lebai jual agama mmg bangang bertingkek2. Perosak Islam dan org melayu.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.