Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA PAS HILANG KERUSI DI SELANGOR MAKA PAKATAN HARAPAN JUGA AKAN HILANG KERUSI DI SELANGOR

PAKATAN HARAPAN TAK PERLU GERTAK
PAS YANG MUNGKIN HILANG KERUSI DI SELANGOR ?

ITU SEMUA PAS TIDAK BIMBANG, P.HARAPAN
TAK PERLU GERTAK ATAU BAGI AMARAN

ANDAINYA CINA DAN MELAYU SERTA HINDU SEKULAR
TAK BAGI UNDI ? ITU TAK DE HAL,
TU PERKARA DAMIT AMAT !

JIKA PAS HILANG PENGUNDI, MAKA PAKATAN HARAPAN JUGA AKAN HILANG UNDI,
BN/UMNO JUGA AKAN MENANG.

HERAN ??? 

DARI AWAL DULU LAGI PAS
SUDAH BAGITAHU, IA TIDAK HERAN ! 

YANG HERAN HANYA MEREKA ANG MABUK
NAK BERKUASA SAHAJA, SEKARANG DAH MULA KUMPUL DUIT KERANA NAK MENANG !

PROJEK JUGA DAH MULA, INI SEMUA
CRITA DALAM POKET,

-Pak aramu-
 



Pas tak bimbang andaian hilang kerusi di Selangor
Pas

SHAH ALAM – Pas hari ini menegaskan tidak bimbang dengan andaian yang parti itu bakal kehilangan hingga 10 kerusi pada PRU akan datang.

Tidak bimbang dengan dakwaan tersebut, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pihaknya sudah merangka strategi tersendiri yang membolehkan Pas kekal dalam kerajaan Selangor hingga PRU akan datang.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk strategi dan jumlah kerusi yang bakal ditumpukan Pas pada PRU nanti.

“Kami sudah ada strategi kami sendiri untuk memenangi PRU depan. Apa yang penting adalah bagaimana kita (Pas) akan kekal dalam kerajaan Selangor selepas PRU nanti,” katanya kepada Sinar Online.

Kedudukan Pas Selangor kini goyah setelah parti itu bertegas tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah pada PRU akan datang.

Pada PRU lalu, daripada 56 kerusi Dun di Selangor, DAP menang 15 kerusi; Pas (15) dan PKR (14) sehingga berjaya membentuk kerajaan yang pada masa itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Manakala BN pula memperoleh 12 kerusi.

Setelah berlaku pergolakan politik sepanjang empat tahun lalu, pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang turut berubah dengan DAP kekal 14 kerusi; Pas (13), PKR (13), Amanah (2) dan Bebas (2). BN kekal 12 kerusi.

Analisis yang dibuat oleh Oriental Daily mendapati, pada PRU lalu, daripada 21 Dun yang dipertandingkan Pas, parti itu menang 15 kerusi dengan lapan kerusi daripadanya menang atas sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

Kelapan-lapan kerusi Dun yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

"Semua lapan kerusi itu berada dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina menghampiri atau lebih daripada 30 peratus. Dijangkakan, pada PRU kali ini, tanpa sokongan daripada pengundi Cina, adalah sukar bagi Pas untuk mempertahankan kelapan-lapan kerusi yang dimenangi mereka dulu," kata seorang pemimpin pembangkang kepada akhbar ini.

Selain itu katanya, dua kawasan luar bandar seperti Dun Morib dan Tanjung Sepat dimenangi Pas dengan kelebihan majoriti kurang daripada 1,000 undi turut berada dalam keadaan tidak menentu.

Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, Pas kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 Dun di Selangor pada PRU14.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ingat Pakkara ingat no. Togel

Anonymous said...

Tipu pun patut2 la.
Pas hilang kalu, Amanah dan Bersatu sudah ganti. Takde hal la.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.