Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

yakin BN terima ?

Yakin komponen BN terima RUU355
Yakin komponen BN terima RUU355
 
SETIAUSAHA Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin pemimpin-pemimpin parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC akhirnya akan menerima penjelasan Umno mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Beliau berkata, pindaan RUU 355 ini bertujuan memperkasa mahkamah syariah dan hanya sesuai digunakan ke atas umat Islam.

"Keputusan ini hanya akan dilaksanakan sekiranya diterima semua pihak kerana semua pemimpin sentiasa pegang kepada konsensus. Disebabkan BN mengamalkan cara sedemikian, maka pemimpin BN bersedia memberi penjelasan kepada semua parti komponen BN.

"Kami akan pastikan semua pemimpin BN benar-benar faham apa itu pindaan RUU355 ini kerana kebanyakan daripada mereka masih tidak faham dengan jelas," kata Tengku Adnan ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan memberikan penjelasan kepada pemimpin.

Ditanya sekiranya MCA, MIC dan Gerakan teus mengemukakan bantahan, Tengku Adnan berkata, BN akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan mengubah dengan sewenang-wenangnya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Ingat no.togel ingat Pakkara.

Anonymous said...

Ingat 90juta ingat Hadi munafik dan PA$.

Anonymous said...

Bila umno dah sokong ruu355, janganlah pula pas nak kacau kerusi umno. Pas kena belajar tolak ansur dgn umno. Pas kena saling memberi dan menerima. Biarkan umno saja yg lawan 1 dengan 1 dengan Amanah atau Dap.

Pas boleh masuk calon di kawasan umno tidak bertanding.

Anonymous said...

Kerjasama umno dgn pas perlu diperluaskan dalam bidang politik pula. Tak elok kalau berhenti sekadar kerjasama agama saja.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.