Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANIFESTO

Pas tidak kisah manifesto ditiru
 Ariffin Deraman
Ariffin Deraman

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu tidak bimbang sekiranya lima manifesto yang diumumkan ketika program parti itu di Besut diciplak pihak lawan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman menjelaskan, lima manifesto terbabit hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan manifesto Pas yang bakal ditawarkan kepada rakyat pada PRU14.
ADVERTISING
 
 
Sekiranya lima manifesto itu ditiru pihak lain, pihaknya optimis bahawa semua manifesto ditawarkan parti politik kepada rakyat bertujuan memberi kebaikan kepada rakyat.

“Kita hanya ‘tembak’ lima sahaja tetapi manifesto kita banyak lagi. (Kalau parti lain tiru) kita ambil sikap dan prinsip bahawa mereka tiru untuk kebaikan dan kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas laporan Sinar Harian mengenai Pas Terengganu umumkan lima perkara dari kandungan manifesto bagi hadapi PRU14 sempena program Pas Harapan Semua (Harap) Pas Ganti Umno (PGU) 3.5 di Kampung Raja, Sabtu lepas.

Tawaran Pas kepada rakyat Terengganu dengan moto ‘Maju, Berkat, Sejahtera’ telah dilancarkan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat pada program itu.

Lima tawaran awal manifesto Terengganu itu ialah satu lot tapak rumah bagi setiap rakyat, pemberian geran tanah kekal, caj percuma rawatan di wad kelas 3 di semua hospital kerajaan, peruntukkan RM300 untuk golongan muda mendapatkan lesen motosikal dan karnival kahwin kali pertama di setiap Dun.

Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat turut memberitahu bahawa pengumuman itu turut menggambarkan bahawa negara bakal berhadapan PRU14 yang bakal mencapai tempoh matang pada Jun tahun depan.

“Pokoknya rakyat melihat bahawa Pas ada visi dan misi untuk perintah Terengganu. Kita hanya dedah lima tetapi mungkin kalau perlu akan dedahkan lima lagi dan yang lainnya tunggu dekat pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kerusi, beliau berkata, buat masa ini Pas kekal dengan keputusan bertanding di kesemua kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu.

Ditanya mengenai kerjasama Bersatu yang berminat mengadakan pakatan pilihan raya bersama parti itu, Ariffin menjelaskan bahawa pihaknya bergantung pada keputusan di peringkat Pas Pusat.

“Kita bergantung kepada pucuk pimpinan. Buat masa ini kita kekal bertanding di 32 Dun dan lapan Parlimen,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Jaga2 hutan simpan dan duit potongan gaji cikgu. Takut kena sapu plak

Anonymous said...

jaga 2 lepas ni al keldai al fitnati wa bohongi akan buat fitnah apa pulak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.