Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BELUM LEMAS, YANG KATA LEMAS TU BATU API

Tiada rundingan agih kerusi dengan Bersatu
Tiada rundingan agih kerusi dengan Bersatu
Ahmad duduk (dua, kiri) sedang mendengar penerangan projek atasi banjir di Kampung Sri Kulim Mukim Padang Raja.
 
KOTA BHARU - Pas menafikan bersedia berunding dengan Bersatu berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini  parti itu tidak mempunyai maklumat berkaitan perkara yang diperkatakan.

“Setakat ini tiada maklumat bahawa Pas mengajak Bersatu agihkan kerusi, cuma diberi laluan untuk bersama atas satu pentas bagi menyatakan perjuangan masing-masing.

“Kita nyatakan dasar perjuangan Pas dan sedia bersama sesiapa sahaja apabila tidak menyentuh dasar dan perjuangan kita,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemukiman Menteri Besar bersama pimpinan kerajaan negeri besama rakyat di Parlimen Ketereh.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya  ada kepeluan pembahagian kerusi itu berlaku,  keputusan muktamad akan ditetapkan oleh Persuruhjaya Pas negeri masing-masing.

Terdahulu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Pas kini bersedia dengan parti itu berhubung pembahagian kerusi bagi PRU14.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung jemputan itu sebaliknya berkata Bersatu akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU14 itu nanti.

7 orang berkata:

Anonymous said...

mana perginya al keldai alfitnati wal Panngani . rindu aku pada komen 2 bodoh tahap khinzir. keldai oh keldai, hang pi mana,

Anonymous said...

Sedang tunggu ramalan no. Togel dari blog parti Isle ni...tolong lah siar banyak2 sbb ahli yg 1000000 nak cuba nasib...Tk Pakkara.

Anonymous said...

Anon 830..ade dah ahli2 yg dah menang dgn ramalan no.togel yg Pakkara iklan kan ni...

Anonymous said...

Mana boleh nak agih agih kerusi parlimen dgn hadi. Duit rm90juta tu utk pimpinan tertinggi pas sahaja. Takkan la nak kena share dgn muhyidin pulak??

Kalau aku jadi hadi pun aku taknak share duit rm90juta tu. Duit tu upah utk hadi terima arahan dari najib. Mustahil najib nak arahkan hadi bersekongkol dgn muhyiddin. InsyaAllah duit tu kekal utk hadi sorang jer. Nanti dapat arahan lanjut dapat lagi topup rm90juta. Untungnya buat bisnis jual agama.

Anonymous said...

Muhidin kata pembahagian kerusi pas kepada calon pas dan bersatu. Maknanya, kerusi pas kelantan skang bagi dua dgn bersatu.

Aku setuju sangat. Sokong 100%

Anonymous said...

Mcm topup hempon pulak yer...
Bole topap2 pulak

Pomen Smart said...

Sebelum ni rasa seronok dgr pas nak berunding dgn BERSATU. Tapi bila dgr ego nya pembesar2 pas, ingat lupakan je la. Yg cakap pas lemah dikata batu api, yg suka pas berpecah pula nak kata ape, mancis api. Lagi bahaya. Cepat naik apinya. Hari ni jadi org PKR, esok lepak ngan UMNO, lusa jadi NGO. Tulat jadi PAS pulak. Tak selidik main ok je. Tadi untunglah boleh masuk TV3. Satu gelang patah bertakbir nak jatuh kan pembangkang. Ni kalau ditanya berapa kali tuan guru minta tangguh pindaan Ruu 355. Tah tau ke tak. Takpe la labu. Terpulang la.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.