Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA SEBENARNYA YANG VIRALKAN CERITA PPBM PATUT DIPERSALAHKAN !

PPBM SEPATUTNYA TIDAK BEKERJASAMA DENGAN PKATAN HARAPAN- 

-pak karamu-

 

PAS DAKWA MUHYIDDIN HANYA MEMGIGAU!!!

Heh! Nampak gayanya lepas dia dipecat dari UMNO, kesihatan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ni dah semakin bertambah kronik sampai membuatkan dia mengigau disiang hari.

Jika sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membiat kenyataan dan mendakwa kononnya PAS sudah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan parti pimpinannya, PPBM.

Kenyataan Presiden PPBM itu dibuat bagi meredakan persoalan dikalangan rakyat, terutama ahli parti berhubung status kerjasama Politik diantara parti itu dengan PAS pada ketika ini.

Namun malangnya, apa yang didakwa oleh Presiden PPBM itu dinafikan oleh pemimpin PAS yang mendakwa bahawa parti itu bersetuju untuk mengadakan rundingan bagi membahagikan kerusi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yaakob berkata, setakat ini pihaknya masihh tidak menerima sebarang maklumat atau arahan dari pucuk pimpinan mengenai perkara tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan bahawa sebarang keputusan untuk mengagih kerusi Pilihan Raya itu adalah hak mutlak Pesuruhjaya PAS negeri.
“Tidak ada, setakat ini kita tidak ada maklumat bahawa PAS ajak PPBM untuk pengagihan kerusi. Kita cuma diberi laluan untuk bersama atas pentas menyatakan perjuangan masing-masing,” katanya.
Kenyataan itu dibuat sewaktu Program Pemukiman Menteri Besar dan Pemimpin Kerajaan Negeri Bersama Rakyat bagi Jajahan Kota Bharu di Majlis Daerah Ketereh (MDK) di sini hari ini.

Ahmad diminta untuk mengulas dakwaan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin bahawa PAS sudah bersedia berunding dan menjemput PPBM mengenai pembahagian kerusi pilihan raya umum.

Dalam erti kata mudahnya, kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Yaakob itu membuktikan bahawa Presiden PPBM yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu hanya sekadar mengigau di siang hari. Kot ye pun dia terdesak, jangan la sampai tahap nak MENIPU pulak!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.