Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI LAGI AKAN DIBURU !

Bongkar skandal rasuah, SPRM sampai mesej jelas
Shahrir Samad
Shahrir Samad

JOHOR BAHRU - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar skandal rasuah di negara ini termasuk di Johor, menyampaikan mesej jelas daripada pihak kerajaan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, mesej tersebut memberi amaran kepada semua agar tidak terlibat dengan salah laku itu.

"Yang disampaikan dengan tindakan yang diambil SPRM selama ini, mesej yang disampaikan ialah jangan buat.

"Jangan buat kerja-kerja rasuah ini. Nanti kena tangkap. Akan ditangkap pasal ada orang melaporkan. SPRM ada memerhatikan. Jadi jangan buat," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Projek Pendidikan Bersepadu Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Perpustakaan Sultan Ismail Sesi 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahan beberapa individu berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri ini.

Shahrir berkata, tindakan SPRM itu bukan kerana aduan dibuat oleh pemimpin pembangkang, sebaliknya ia merupakan gerak kerja jentera agensi kerajaan.

"Tangkapan-tangkapan ini bukan pembangkang buat aduan. (Sebaliknya) Jentera kerajaan. Agensi kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab dan mesejnya adalah mesej kerajaan.

"'Straight forward' mesej. Bukan ada mesej lain. Ini mesej kerajaan pasal agensi (adalah) agensi kerajaan. Bukan agensi ini agensi PKR atau agensi DAP, tak ada lah," katanya.

Beliau berkata, pembongkaran pelbagai kes termasuk skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor, tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya tak fikir (sokongan terjejas). Pasal yang mustahaknya, tindakan itu bukan bertujuan politik.

"Hanya pembangkang ikut suka dia nak 'spin', dia akan spin," katanya.

6 orang berkata:

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [4197] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 850 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Hidup penyamun 2.6b duit rakyat..hidup rakan penyamun 90juta..pedulikan 1mdb..pedulikan gst..pedulikan rasuah..pedulikan budak sekolah dipotong bajet pendidikan..pedulikan org sakit dipotong bajet kesihatan..pedulikan rakyat miskin..pedulikan minyak naik..ruu355 x boleh hukum mereka..asalkan yg perintah masih lagi melayu..islam..dasar lebai bangsat merosakan islam..rosak islam kerana puak2 kamu lebai setan..

Anonymous said...

Fitnah fitnah...mana ade iklan no.togel diblog pakkara ni...angka2 tu ialah jumlah penyokong2

Anonymous said...

Hadi..nasrudin al germani..nik abduh..khairudin al audi..hashim..nik amar..dan segala bapak lebai..rakyat x akan lupakan kamu semua wahai pengkhianat..kamu semua lebai dedak..

Anonymous said...

Ko ni tak patut cakap gitu. Ko kena ikut aku. Walaupun aku tak paham satu menda pun pasal ruu355, tapi aku tetap sokong ruu. Aku sokong ruu sebab takut nanti dia orang sekeh kepala aku.

Sorri la. Aku dah sokong ruu ni. Tolong jangan sekeh kepala aku. Ampoooonn ya unta. Ampooon ya keldai.

Anonymous said...

Sprm juga MISTI siasat pihak yg dpt 90j. Mungkin ada unsur2 derma

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.