Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wek nak muntah, apa salah cium sesama wahabi ?

Kenapa Hussain Yee kucup dahi Raja Salman
Kucup dahi Raja Salman hanya kebetulan...
Sheikh Hussain Yee ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini. Foto: Asril Aswandi Shukor.

SHAH ALAM - "Reaksi mencium dahi Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud itu hanyalah kebetulan dan sama sekali tidak dirancang," demikian jelas pendakwah Sheikh Hussain Yee, berkenaan gambar beliau mencium dahi baginda raja yang tular baru-baru ini.  

Katanya, bagai yang sudah terbiasa dengan budaya arab yang melazimkan perbuatan itu, tindakan itu datang secara spontan.

"Saya juga terkejut gambar itu tular... pada masa itu saya diminta oleh Majlis Islam di sini, untuk hadir bersama dalam pertemuan antara Raja Salman dengan mufti-mufti. Jadi, bila saya bertemu,  sebagai seorang ahli agama didikan Madinah memang sejak dahulu saya telah terdedah dengan peradaban menghormati pemimpin, juga orang tua dan ulama.

"Dan selepas pertemuan itu, diadakan sesi bersalam-salaman. Jadi sampai giliran saya, itu yang berlaku,"katanya kepada Sinar Online sempena dengan kunjungan beliau ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.


Sebelum ini, tular di media sosial gambar memaparkan seorang lelaki Malaysia mencium dahi  Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang telah menimbulkan tanda tanya  banyak pihak tentang identiti lelaki berkenaan.

Raja Salman tiba di Malaysia pada 26 Februari lalu bagi melakukan lawatan negara selama empat hari.

Kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Katanya lagi, dalam hal ini, beliau hanyalah seorang pendakwah yang tiada kaitan istimewa dengan Raja Salman.

"Apa yang penting adalah ucapan-ucapan baginda yang mahukan pendakwah komited dalam melaksanakan tugas," katanya lagi.

Sheikh Yee merupakan mahasiswa Universiti Madinah yang juga merupakan penuntut bahasa Arab dan Islam di Universiti berkenaan.

Beliau juga adalah presiden dan pengasas pertubuhan Al-Khaadem di Malaysia. Sheikh Hussain juga pernah berkhidmat sebagai Kaunselor dan Pegawai Mubaligh di Perkim, Kuala Lumpur, dan merupakan bekas Pengarah Dakwah untuk Pusat Islam di Hong Kong pada 1984-1985.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Ingat Pakkara ingat ramalan Togel

Anonymous said...

Siapa peluk ayoyotolollah syiah tehran? Bukan geng pak karam ker?

Anonymous said...

Puak syiah marah puak wahabi bila tengok gambar tu. Pening aku tengok.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.