Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA PERLUNYA AZMIN SERTAI PAS ?

'Kalau Azmin sertai Pas, barulah boleh runding'

0
Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin

KUALA LUMPUR - Pas kekal dengan pendirian tidak akan mengadakan sebarang bekerjasama politik dengan PKR, khususnya dalam menghadapi PRU14.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan itu selaras dengan keputusan dan strategi parti itu yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulamak pada Mei lalu.

Menurutnya, kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa parti itu bersedia membuka pintu untuk berunding bersama Pas dianggap sebagai satu usahanya sahaja.

"Kita masih tetap dengan strategi kita. Kecuali apabila beliau (Mohamed Azmin) keluar PKR dan sertai Pas, barulah kita boleh bincang dan bekerjasama," katanya pada sidang media selepas program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, masih belum terlambat untuk Pas dan PKR berunding demi masa depan bersama.

Sementara itu, mengulas berhubung Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], beliau berkata Pas konsisten menentangnya.

"Tindakan kita yang seterusnya adalah mengemukakan resolusi dan cadangan kita kepada menteri berkaitan iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kita juga akan bertemu secara rasmi mereka berdua pada Isnin nanti," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas juga akan melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa isu itu lebih jauh kepada pihak berkepentingan seperti Majlis Raja-raja.

"Selain itu kita juga menggerakkan masyarakat untuk memahami isu ini supaya dapat bersama dengan kami.
"Perjuangan ini bukan hanya pandangan Pas, tapi juga NGO Islam bahawa pindaan Akta 164 adalah pindaan yang bercanggah dengan Perlembangaan dan peruntukan udang-undang sedia ada," katanya.

Beliau turut mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk melihat kembali perkara ini daripada pelbagai sudut.

"Jawatankuasa ini perlu melibatkan semua pihak berkepentingan termasuklah orang Islam dan bukan Islam, kerajaan dan Majlis Raja-raja.

"Ini dapat memastikan supaya apa yang dirumuskan lebih harmoni dan tidak bercanggah dengan Perlembangaan dan menguntungkan semua pihak," katanya.

18 orang berkata:

Anonymous said...

Pas ni betul2 anggap mcm dah hebat je..
Tak sabar nak tunggu pru 14
On' atau Off'

Anonymous said...

Apa lagi Min. Ko boleh belah masuk pas. Ajak geng2 ko sekali.

Anonymous said...

Elok juga klu azmin masuk pas. Klu duduk kat pkr pun org pkr tak undi dia dah.

Anonymous said...

Peluang baik untuk azmin tu. Pas dah offer tu. Boleh ganti hj hadi sebagai presiden pas. Tak pun jadi mursidul am atau presiden majlis ulamak pas. Bukan senang nak dapat offer mcm ni

Anonymous said...

Lompat aje la yb. Rugi kalau tak lompat.

Unknown said...

Kecewa nampak.. keh keh

Anonymous said...

tak faham lah dengan ustaz q7 ni, kalau dia dah masuk pas nak runding apa....tentu dia ikut apa kata pemimpin pas... adus .... macam mana lah ada spesis macam ni...dah makan ubat ke belum...

Unknown said...

Sebab tu aku pernah kata org pan ni iq agak rendah..bahasa berlapik (tidak setuju) pun tak boleh faham.. tu belum perkara2 yg lebih berat lagi..

Anonymous said...

Bukan bahasa berlapik. Itu bahasa bodoh! Statement orang xde akal. Faham!

Unknown said...

1% je yg sokong org takde akal sekarang ni..

Anonymous said...

tak payah la tunjukkan kebodohan korang tu wahai penyokong PH...kalau bahasa cam tu tak leh nak paham, mmg sah la iq rendah, kena mkn kismis minda bnyk2..kkk

Anonymous said...

makan ubat cepat

Anonymous said...

X kecewa. Serius ni. Axmin memang lebih sesuai masuk pas. Ajaklah geng masuk sekali

Anonymous said...

Rujukan ada?
Harakah?

Anonymous said...

Alhamdulillah.
Azmin dan geng2 boleh masuk pas.
Lagi cepat lagi bagus.

Anonymous said...

lebih cepat PH bungkus...

Unknown said...

So masih tak tahu ke sumber mana? Kalau otak dah tinggal 1% memang lambat pick up bro!

Unknown said...

qzz0529
ugg outlet
prada handbags
giuseppe zanotti outlet
ugg outlet
furla handbags
cheap jordans
swarovski outlet
wizards jerseys
michael kors handbags
bally shoes

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.