Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA BERANI BUAT MAKA IA BERANI PULA MENANGGUNG

RCI siasat Memali bukan aniayai sesiapa

0
Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
(Ubah saiz teks) 
 
ALOR SETAR - Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali bukan bertujuan menganiaya sesiapa, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata, RCI itu akan hanya ditubuhkan jika terdapat keperluan dan permintaan daripada mana-mana pihak termasuk waris mangsa.

"Orang boleh buat dakwaan macam-macam. Tapi isu ini, rakyat yang minta penjelasan...bukan kita yang saja-saja rancang untuk kenakan sesiapa.

"Saya sokong penubuhan RCI ini jika ada keperluan dan permintaan daripada mana-mana pihak termasuk waris mangsa. Kalau itu yang mereka mahukan, RCI perlu ditubuhkan kerana semua orang mahu tahu perkara sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program 1 Komuniti 1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Kota Setar 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz dekat sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata beliau menyokongan penubuhan RCI berkenaan kerana kejadian itu berlaku di Kedah.

Beliau diminta mengulas tuduhan liar sesetengah pihak yang mendakwa penubuhan RCI adalah untuk menganiaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu untuk menyiasat peristiwa itu sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Peristiwa Memali di Baling yang berlaku pada 19 November 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah menafikan dakwaan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penarikan semula elaun kepada masjid untuk disalurkan kepada golongan asnaf di negeri ini.

"Itu tidak benar, sebaliknya kita mencadangkan pihak masjid untuk menyumbangkan sedikit derma yang diterima daripada orang ramai agar dapat disalurkan kepada golongan asnaf dalam qariah masing-masing.

"Idea itu timbul selepas saya membaca keluhan rasa seorang pengririm WhatsApp kepada saya yang memaklumkan terdapat masjid mengutip derma sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit setiap Jumaat tetapi tidak memikirkan tentang anak qariah yang tinggal berhampiran masjid yang tiada beras dan gas untuk memasak," katanya.

Beliau juga akan meminta Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid  berbincang dengan pihak yang menguruskan masjid di seluruh negeri ini untuk mengambi inisiatif itu.

"Kerajaan juga akan menggantikan jumlah sumbangan masjid kepada golongan asnaf di kawasan masing-masing," katanya. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ni pas kena buat rci ni

Unknown said...

Kalau rci utk 1% pan lah yg kena buat keh keh..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.