Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGI PAS ISU MEMALI TERLALU BESAR

MAHADHIR PERLU IKHLAS DAN BERTERUS TERANG, JANGAN BELOK-BELOK.

 

-Pak Karamu-

 

 Pas harap Tun M selesai isu Memali

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin
KOTA BHARU - Pas berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil menyelesaikan isu tragedi Memali yang telah lama berlaku, tetapi masih belum menemui jalan penyelesaian.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selagi kerajaan atau pihak bertanggungjawab tidak mengambil sebarang tindakan, selagi itulah masalah itu akan berpanjangan. 

“Ini 14 orang meninggal dalam satu insiden yang juga menyebabkan kematian (empat) anggota polis. Sepatutnya lebih daripada inquest lagi. 

"Sebab itulah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan supaya diadakan suruhanjaya diraja untuk melihat lebih jelas kenapa perkara ini berlarutan dan siapa yang salah,” katanya. 

Menurutnya, Pas pernah beberapa kali berbincang dengan Bersatu dan mencadangkan Mahathir melawat penduduk di Memali bagi menghilangkan perasaan marah serta prejudis mereka terhadap hal berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang tindakan dibuat walaupun beliau tidak menolak kemungkinan, jika Mahathir melawat rakyat, banyak perkara boleh diselesaikan.  

“Kami difahamkan (cadangan tersebut) disampaikan kepada beliau, tetapi tak ada apa-apa tindakan sehinggalah program Nothing To Hide 2 dibangkitkan semula.

“Saya rasa memang ada sesuatu berlaku di belakang insiden ini kerana saya tak nampak pasukan polis dalam jumlah besar adakan operasi tanpa arahan daripada kerajaan, terutama menteri dalam negeri atau perdana menteri sendiri. 

“Kalau tidak, pihak berkuasa terutama polis tak akan ambil tindakan seumpama ini yang melibatkan cawangan khas, komander, pasukan simpanan dan sebagainya. Ini perkara yang besar,” katanya.

Dalam peristiwa Memali pada 19 November 1985, seramai 18 orang termasuk empat anggota polis terkorban dalam pertempuran antara penduduk kampung itu dan pasukan keselamatan.

66 orang berkata:

IrWrWs said...

Betul tu memali amat besar bg pas malah 1mdb juga.. sbb tu pas sarankan kedua2nya diadakan RCI..

Tidak begitu pula bg pan, pada mereka 1mdb bukanlah sebesar mana maka tak perlulah RCI.. mereka cuma berani berdegar2 di luar shj seolah2 1mdb amat besar bg mereka.. hipokrit je pan ni..

Sebab tu lah mereka hanya perolehi hanya 1% sokongan melayu setakat ini.. mungkin kurang lagi lepas ni..

Anonymous said...

HAJI HADI DAN PAS LUPA KERANA AMANAT HAJI HADILAH PUNCANYA TERJADI PERISTIWA MEMALI, DALAM AMANAT HAJI HADI ADA MENGATAKAN KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA . PERCAYALAH SAUDARA SAUDARA PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD,DERMA KITA ADALAH JIHAD DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK PUAK INI KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM...... SEBAB ITULAH IBRAHIM LIBYA DAN PENGIKUT PENGIKUTNYA SANGGUP MATI UNTUK MENDAPATKAN MATI SYAHID... HAJI HADI DAN PAS SILA RUJUK SEMULA AMANAT TERSEBUT, MANA MANA AHLI PAS BAWAH 40 TAHUN SILA GOGLE DAN DAPATKAN AMANAT HAJI HADI TERSEBUT

Unknown said...

Memang besar kerana duit derma pun lesap..

IrWrWs said...

Cuba spesifikkan ayat mana satu yg dikatakan mengkafirkan sesiapa? Kalau setakat tuduhan terlalu umum sebegini umno pun boleh buat.. opps yer lupa plk pan kan ganti umno serang pas sekarang ni..

IrWrWs said...

Duit derma yg rafizi dpt baru2 ni ke?

Anonymous said...

Buat2 tak tau pulak Wan ni.. Tak kan wan tak ingat fuckwa badi bin bawang yang digantung di dinding markas sebelah dgn gambar ayotolollah....tak kan lupa..ke masa tu ko belum wujud lagi wan?

Anonymous said...

Madey zalim sbb kes mamali. Tapi ayah kandung lebai tu tak sedah dgn kematian anaknya. Dia dah nasihat 20 kali tapi anaknya degil. Ayah kandung dia syukur sbb dgn kematian anaknya, perkara buruk tidak berlaku dan dpt dihalang drp merebak. Boleh tgk youtube pengakuan ayah mangsa mamali.

IrWrWs said...

Aku tak kesah nak ulang soklan aku.. ayat mana satu gamaknya yg mengkafirkan umno? Kalau kau dpt jawab soklan aku, aku masuk pan hahahaha...

IrWrWs said...

Kalau anak aku mati syahid bodohlah aku jika aku sedih.. aku patut gembira kerana anak aku terpilih oleh Allah utk mati syahid.. syabas ayah mangsa memali tersebut!

Anonymous said...

Isu mamali yg lebih besar ialah ke mana perginya duit tabung mamali. Berjuta2 dikatakan telah dikutip tapi tidak diterima oleh balu dan anak yatim mangsa mamali. Balu mamali hidup daif, anak mangsa terpaksa minta sedekah untuk melanjutkan pelajaran, seorang balu papa kedana mati atas tikar kerana dipotong kaki akibat kencing manis dan tidak dapat perhatian pemimpin lobai. Duit jualan mesin jahit turut lesap......

Banyak isu yg lebih besar selain mangsa mamali. Mungkin kita patut menbaca semula buku CN al Afgani yg diharamkan oleh bos2 lobai iaitu AIR MATA MAMALI...

Anonymous said...

Nasihat ke-20 drp ayah dia ialah supaya dia menyerah diri. Kalu x serah diri ayah dia tak mengaku anak. Tapi dia tetap x mau serah diri. Cuba tgk youtube dulu baru wan buat kesimpulan.

Anonymous said...

Cn alafghani ialah ahli pas yg pernah berjuang di afganistan. Beliau dipecat dr pas setelah membuat report polis tentang duit tabung mamali dan pernah dipukul oleh lobai2 semasa menjual bukunya AIR MATA MAMALI.

Sila rujuk youtube AIR MATA BUMI MAMALI.

Anonymous said...

Baca fuckwa yg tergantung di dinding rumah tu dgn lengkap. Kemudian guna otak utk fahami sindiran badi bin bawang kpd org umno dan niatnya menyindir begitu. Maknanya, dia sindir klu lawan pas jd kapiaq,

Anonymous said...

Mana duit tabung mamali pergi? Adakah itu kerja toyol berserban yg banyak dikesan di kedah?


Jadi, siapakah tuan toyol berserban itu?

Anonymous said...

Kenapa dia gantung gambar ayotolollah khominei tehran? Adakah dia juga sealiran dgn ayotolollah?

Anonymous said...

Wan, apa hukum gantung gambar ayotolollah? Betul ke malaikat tak masuk rumah dia, wan?

Anonymous said...

Polis suruh serah diri. Awat depa tak nak serah?

Ye la...kalu serah diri tak dapat le dia org mati syahid. Betol dok?

Anonymous said...

Pulak tu depa kata polis yg jlnkan tugas utk tangkap tu sbg polis kafir.

Bole ker org yg tuduh polis islam tu kafir buleh dpt mati syahid? Tapi dlm Quran sapa tuduh org Islam kafir, kafir tu balik kat dia...

Huhu...byk yg perlu dikaji lagi

Anonymous said...

Kalu curah minyak wangi 1 botol, kubur boleh wangi 1 minggu

Anonymous said...

Kalu da ada bukti PAS rembat duit tabung memali..g lapor polis la..kalu tak ada bukti lebih baik ko g mkn bak kut teh khinzir, drp dok fitnah....hahaha bangang tul puak penyokong PH nih...

Anonymous said...

Macam bodoh je komen kau. Mana kau tau 1 persen shj sokong Pan. Rata2/tempat aku ahli pas dulu daftar jadi ahli Pan.
Klentong lah kau.
Area aku di Johor.

Anonymous said...

Pada pas isu memali memang besar sebab duit tabung memali pun dah lesap.
Bukan isu besar tapi Masalah Besar!

Anonymous said...

Bagi aku mamali tu dah tamat. Yg dah mati biarlah dia mati. Dia yg saja cari nahas.

Yg ptg sekarang, hidup sekarang. 1ndb, gst dan bahana rasuah. Tu yg beri kesan semua rakyat.

Mamali tu mainan org politik yg poket dah penuh. Yg dah naik velfire, q7, bmw, ranje rover. Yg dah ada elaun puluh2 ribu. Yg dah songlap duit tabung mamali...

Anonymous said...

Ko ni duduk kampung mana? Cn al afghani kan dah buat report polis. Sbb itu jugalah dia dipecat drp pas. Jgn duduk bawah tempurung la dol

Anonymous said...

Makan duit balu dan anak yatim mangsa mamali. Masalah besar tu

Anonymous said...

Yg cilok duit tabung tu bukan manusia. Mungkin toyol kot. Toyol ni ada tuan besar dia. Toyol berkhidmat utk tuan dia.

Anonymous said...

Sejak mamali, tabung telah ditubuhkan. Ada ceramah mamali, org bg derma tabung ribu2. Ada byk persatuan bg derma ribu2. Kumpul2 boleh jadi juta2. Duit tabung sapa jaga? Adakah toyol berserban jaga duit tu? Toyol beserban memang kuat songlap duit kertas. Tuan toyol tu sapa?

Negara kebajikan kepala vutoh. Nak jaga kebajikan balu dan anak yatim mamali pun tak mampu. Ko nak jaga kebajikan satu negara. Kepala vutoh laaaa

Anonymous said...

Pas tak rembat.
Yg rembat tu toyol.

Anonymous said...

Org yg rembat tabung tu ialah syaitan bertopengkan agama.

Anonymous said...

Apa ungkit2 ni?
Patutnya korang bangga member2 korang tu mati syahid.
Kann....

IrWrWs said...

Alhamdulillah pihak polis sudah pun mengesahkan tiada penyelewengan tabung memali.. harap 83 billion pun tiada penyelewengan!

IrWrWs said...

Kalau yg rembat tabung rm83 billion syaitan jenis apa pulak gamaknya?

IrWrWs said...

Ya kami bangga atas teman2 yg mati syahid.. kami nak mati pertahankan agama dan ulamak2 kami daripada mati pertahankn lim kit siang dan lim guan eng!

IrWrWs said...

Polis dah sahkan tiada penyelewengan tabung memali.. tabung rm83 billion polis belum sahkan lagi..

IrWrWs said...

Eh ada ke? Boleh bg bukti tak?

IrWrWs said...

Itu kalau je.. tapi kubur memali tak perlu minyak wangi pun.. kubur tun tak pasti lagi tu!

IrWrWs said...

Dia buar repot polis palsu lah tu.. polis dah sahkan tiada penyelewengan..

IrWrWs said...

Tuduhan umno diulang 2 oleh pan .. oh yer pan kan dah ganti umbo keh keh

IrWrWs said...

Aku rasa soklan aku senang je.. ayat mana gamaknya?

IrWrWs said...

Bab ayatullah ke apa ke aku tak nak komen.. yg aku nak bincangkan di sini ialah bab mati syahid.. mungkin bapa dia sorang je yg tak redha tapi bg bapa kpd mangsa kekejaman polis (atas arahan tun m atau musa hitam) yg lain tiada masalah.. sebenarnya bab gantung gambar ayatullah atau apa jua aktiviti yg berkaitan dgnnya ini juga pernah dituduhkan kpd presiden pan sekarang.. mungkin boleh mintak beliau ulas sama..

IrWrWs said...

Alhamdulillah Polis dah sahkan tiada berlaku penyelewengan tabung memali (rm83 billion polis belum siasat lagi harap tun m saman org yg menuduh jangan lupa tu!)

Cubalah korang yg syok sendiri ni jengok2 survey yg dibuat oleh pelajar universiti dan invoke sendiri.. 1% je babe.. K A S I H A N !

IrWrWs said...

Si kristian evangelis!

Anonymous said...

Mamali memang jadi masalah besar sbb tabung balu dan anak yatim sudah kena kebas toyol berserban.
Boleh lihat toyol di youtube

CN AL-AFGHANI AIR MATA BUMI MAMALI

Anonymous said...

Soalan aku lagi senang. Sapa rembat duit tabung balu dan anak yatim mamali?

Anonymous said...

Memang masalah besar bhaiii...makan duit anak yatim tak masuk syurga bhaiii

Anonymous said...

Ayah suruh serah diri supaya tak jadi peristiwa buruk sbb murid dah kumpul dhn bawak parang. Nasihat bapak tu nasihat yg baik. Tapi anak derhaka nak buat mcm mana...

Anonymous said...

Gantung gambar khominei tu sbn mungkin mereka satu aliran. Skang pun tok guru pergi tehran jugak jumpe member dia. Syiah tu

Anonymous said...

Soklan saya, kalau bukan syiah kenapa gantung gambar org syiah dlm tu?

Anonymous said...

Ente tak gantung gambar khomenei mcm dia ker wan? Gantung ler ambik barokah. Kih3

Anonymous said...

Polis mana yg sahkan tiada penyelewengan tu wan?
Boleh bagi rujukan?

Anonymous said...

Jgn lundungi penyelewengan. Dosa.
Semua penyelewengan tabung mamali ke, 1mdv ker, 83 bilion ke. 90juta ker, semua mesti disiasat dgn adil. Jangan main pecat2 je kalu ahli report. Kang tak cium bau syurga

Anonymous said...

Google youtube

Mamali polis kafir minum arak

Anonymous said...

2 botol lagi tahan lama

Anonymous said...

Polis mana dah sahkan tiada penyelewengan? Tolong bagi rujukan boleh?

Habis duit tabung tu lesap ke mana? Toyol ambik? Kalu tak seleweng, duit tu ada kat mana? Takkan madey ambik...

Anonymous said...

Bukan tuduhan.
Duit tabung tu memang dah lesap.
Tak apalah, mungkin toyol simpan kot.

Anonymous said...

Polis mana yg sahkan tiada penyelewengan tu? Sila bagi rujukan supaya kita boleh tutup mulut afghani dan pandap.

Anonymous said...

Sama jugak. Syaitan bertopengkan agama. Duit anak yatim pun balun

Anonymous said...

Mati syahid tu bagus sangat. Jangan mati bawak dosa rembat duit tabung balu dan anak yatim dah la wan. Tak bau syurga kang.

Anonymous said...

Kenapa semua ahli parti politik mesti ada skandal seks dan kebas duit? Parti mana yg tak ada skandal yer?

Anonymous said...

Sedeh sbb dia gantung gambor khominei syiah tu.

Anonymous said...

Pas patut cadang buat rci tabung mamali. Bersihkan nama

IrWrWs said...

Semuanya dah disalurkan kpd mangsa memali.. simple..

IrWrWs said...

Mati buat fitnah pun sama la juga keh keh..

IrWrWs said...

Ini pesanan aku.. diharap para cybertroopers pas eloklah berehat sementara waktu.. kalau korang engkar nasihat aku, aku bimbang daripada 1% hanya tinggal 0.5%..keh keh..

Pd cybertroopers pan eloklah korang teruskan fitnah kpd pas agar nanti jangan salahkan pas jika hanya tinggal 0.5% shj berbanding 1% sekarang.. keh keh

raybanoutlet001 said...

zzzzz2018.5.17
michael kors outlet online
coach outlet
off white jordan 1
canada goose jackets
true religion jeans
polo pas chère
nike air max 95 ultra
pandora outlet
canada goose outlet
cheap basketball shoes

Unknown said...

zzzzz2018.7.7
pandora
coach outlet
coach outlet
true religion outlet
cheap jordans
oakley sunglasses wholesale
ralph lauren uk
coach outlet online
jordan shoes
ralph lauren uk

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.