Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA HAIWAN MULA BERCAKAP TENTANG MEMALI.

HAIWAN YANG TIDAK TAHU HUKUM AGAMA LALU MEMBURUKKAN KEADILAN DI DALAM ISLAM

 

-Pak Karamu-

 

Isu Memali: Bukan masa bincang sejarah

0
Isu Memali: Bukan masa bincang sejarah
Husam memberikan ucapan perasmian sempena Konvensyen Tahunan Kali Kedua Amanah Perak, di sebuah hotel di Ipoh, hari ini.
IPOH - Amanah beranggapan isu Memali yang dibangkitkan Pas bukanlah isu penting yang harus dibincangkan pada masakini.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, isu Memali sudah menjadi sejarah dan tumpun kini perlu terarah kepada perkara yang lebih besar dari itu.

Beliau berkata, usaha memenangi PRU14 harus diberikan perhatian sewajarnya kerana peluang untuk memenangi pilihan raya dan mengubah kerajaan tidak datang selalu.

"Islam mengajar kita melupakan apa yang telah menjadi sejarah. Kita kena bersedia untuk menghadapi apa yang berlaku sekarang. Jadi jika terus membincangkan sejarah sehingga kita terlepas kapal, ia menjadi salah satu perkara yang salah.

"Sejarah boleh dibincangkan selepas (PRU14) ini. Tetapi peluang untuk tukar kerajaan datang sekali. Sekarang adalah masa pilihan raya untuk menentukan masa depan negara bukan masa untuk bincang sejarah yang lalu. Sejarah lalu adalah subjektif," katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kali Kedua Amanah Perak di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Husam berkata demikian ketika diminta mengulas isu Memali yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini dengan desakan agar siasatan semula dibuat mengenai peristiwa berdarah itu.

Katanya, insiden Memali itu merupakan peristiwa yang tidak dijangka berlaku dengan niat untuk membunuh sekaligus mengorbankan beberapa individu termasuk Ibrahim Libya.

"Saya berpendapat tidak ada pihak yang betul-betul ada motif untuk pergi menembak dan membunuh as-syahid Ibrahim Libya. Tun Dr Mahathir tidak beri arahan kepada Tun Musa (Hitam), Tun Musa pun tidak ada arahan kepada polis untuk menembak. Ia adalah satu insiden yang tidak ada niat untuk perlakuan itu berlaku.

"Jadi kalau kita letakkan beban ini kepada pihak tertentu kerana sebab politik semata-mata, ia adalah satu sikap yang salah," katanya.

18 orang berkata:

Unknown said...

So wahai pan aka barua dap, harap maklum apa yg boss korang cakap.. lupakan sejarah memali.. tapi aku cuma nak suruh kerajaan najib buat RCI jugak..

Anonymous said...

Buat rci tabung balu dan anak yatim sekali

Anonymous said...

Dah jadi sejarah. Org2 tu dah mati syahid kan. Kenapa nak tu rci utk org yg dah mati syahid

Anonymous said...

Macam2 ada. Ada syahid. Ada gambar ayatollah khomeini. Ada tabung. Ada toyol curi tabung. Ada yg nak rci.

Anonymous said...

Setuju dah jadi sejarah. Boleh masuk dalam buku zejarah upsr

Anonymous said...

Mamali tak ada kena mengena dgn hukum agama. Ia lebih pada jenayah toyol menggelapkan duit tabung.

Anonymous said...

Cerita murahan lobai nak tarik undi org umno. He2

Anonymous said...

Wan...kalau free tu lawatlah balu2 para syuhada mamali tu sementara mereka masih hidup. Kita dengar mereka hidup merempat dan tak dapat bantuan tabung mamali yg dikutip tu. Tak baik kita biarkan balu para syuhada dalam keadaan miskin dan terbiar macam tu lebih2 lagi mereka tu ahli pas. Kalau boleh ajak sekali hj hadi, nik abduh, zuhdi velfire, q7, range rover dan pakkaramu sekali. Bila ada gst ni hidup mereka lagi merempat. Datang jenguklah dan hulurlah duit untuk balu2 syuhada itu.

Boleh kan wan...jangan cakap je mcm guruh. Nak bantu tak nak.

Anonymous said...

Ha ha...huse batu asas,, sekali bersuara je,,terasa jelas sekali kebodohannya. Jika duk diam tu,,nampak mcm cerdik je....he he. Jadi,,segala salah laku umno tu,,lupakan saja lah,,1mdb, msic, perwaja. Oh ya,,isu presiden korang khalwat bini org tu...padanlah korang buat dek je...sejarah. Biarkan je. Org kedah kata kpd manusia bodoh mcm huse ni.." Pekak Wailun"...kah kah....

Unknown said...

Alhamdulillah kini pas terus berdiri teguh bersama para pejuang islam.. kes memali tetap jadi ingatan.. pandai2lah tun nak jawab di akhirat nanti..

Anonymous said...

Betul ke mangsa memali tu shahid?

Anonymous said...

Bila ada prk atau pru aje baru aku ada dengar peristiwa memali diingati dan dilaung2. Bila tak ada pru prk, semua ingat kat balak.

Unknown said...

Berul tu.. syukurlah pas baru dapat pengiktirafan ISO 2008 mengenai pengurusan balak terbaek negara tahun 2016.. penang tak dapek ni..

Unknown said...

Mungkin kaki rembat balak kut tu..

Anonymous said...

Terbukti Huse ni ahli politik beruk sarkas....berbelit2 utk dpt sokongan...sampai penjenayah forex, memali etc pun nak di"suci". PAN oh PAN...apa dah jadi pd otak korang nih?

Anonymous said...

apa yang kita kata kat orang satu hari nanti akan balik kepada kita

Unknown said...

Kan 1% je.. kalau otak dia ada 100 idea.. satu je yg boleh pakai.. inilah yg terjadi pd otak mereka2 itu..

Unknown said...

zzzzz2018.6.4
basket nike femme
air jordan uk
mbt shoes outlet
kate spade outlet
golden state warriors jerseys
moncler outlet
ed hardy uk
coach outlet
pandora
true religion outlet store

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.