Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KENYATAAN ROUND KEDUA, SYAITAN BELUM LAGI ADA ULASAN

PADA PERENGKAT AWAL PAN,DAP,BERSATU  DAN RAHIM ADA BERSUARA. 

NAK TUNGGU LEPAS ARTIKAL NI BELUM ADA YANG BERANI BUKA MULUT, BISUKOT ?


-Pak Karamu-

 

RCI: Hadi sedia dipanggil bila-bila masa

Hadi Awang
Hadi Awang
(Ubah saiz teks) 
 
MARANG –  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia dipanggil pada bila bila masa untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula tragedi Memali.

Namun katanya, sehingga kini tiada sebarang tindakan atau tuduhan dikenakan terhadapnya berkaitan peristiwa yang mengorbankan 18 nyawa di Baling, Kedah itu.

Beliau berkata, Pas tetap dengan pendirian mahu kerajaan menubuhkan RCI dan sanggup bekerjasama pada bila-bila masa kerana banyak yang tersirat disembunyikan dalam peristiwa yang berlaku 32 tahun itu.

“Banyak rakyat tidak tahu, mereka yang hidup pada masa itu pun tidak tahu. Apa lagi generasi muda yang baharu lahir kemudian lagi tidak tahu. Ramai menjadi mangsa bukan sahaja ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya termasuk anggota polis.

“Penduduk (juga) jadi mangsa kerana penyelesaiannya tidak mengikut cara yang betul sebab itu perlu ditubuhkan RCI yang bebas daripada kalangan politik yang bertanggungjawab,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah kampung pedalaman di Kedah.
Seramai 18 orang terbunuh akibat keganasan berkenaan, termasuk anggota polis.

Seorang pendakwah, Ibrahim Mahmud atau lebih popular dengan nama Ibrahim Libya dikehendaki polis atas dakwaan mengancam keselamatan.

Ramai yang mengaitkan kejadian berkenaan dengan Amanat Haji Hadi di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ketika ditanya adakah Umno menggunakan isu penubuhan RCI untuk kepentingan politik, Hadi berkata, apa yang penting adalah untuk mencari keadilan terhadap keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.

“Ustaz Ibrahim (Mahmud) dan rakan-rakannya yang kita anggap sebagai syahid yang sebenarnya dizalimi. Kita harap ALLAH mencucuri rahmat kepada mereka semua,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pada setiap tahun Pas mengadakan majlis memperingati mereka yang telah terkorban di Memali.  

Mengenai kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bahawa sekiranya RCI ditubuhkan mungkin Pas akan dipersalahkan seterusnya menjadi punca tragedi itu,  Hadi berkata, jangan buat kesimpulan awal.

“Biar RCI yang buat penyiasatan dahulu baru boleh buat keputusan, jangan buat keputusan awal. Mengikut kaedah kehakiman kita tidak boleh membuat keputusan…belum disiasat belum diselidik dahulu,” katanya.

Abdul Hadi berkata, beliau tidak perlu lagi membuat penjelasan menerusi siaran televisyen tempatan kerana penjelasan secara terperinci melalui buku yang telah ditulisnya 15 tahun lalu.

Katanya, amanat berkenaan adalah petikan daripada ucapan panjang beliau yang sepatutnya didengar secara keseluruhan untuk mendapatkan konteks sebenar.

“Saya sudah tulis buku pada tahun 2002 dan sudah dicetak tiga kali dan saya difahamkan bahawa ucapan-ucapan saya sudah dikaji oleh pihak berkenaan.

“Tidak ada salah dari segi agama atau undang-undang walaupun banyak desakan pada masa itu dan saya menganggap lebih kepada tujuan politik daripada hakikat yang sebenar.

“Saya tiada masalah kalau hendak siasat balik pun tak apa, saya (boleh) buka balik kaset-kaset (rakaman) saya,” katanya.

Menurutnya, apa yang menarik bagi mereka yang pernah mendengar koleksi kaset-kaset rakaman ucapan sebenar sebelum ini datang semula untuk meminta maaf dengannya.

Abdul Hadi turut bersetuju dengan pendirian Musa agar RCI ditubuhkan selepas pilihan raya umum akan datang.

36 orang berkata:

Anonymous said...

Polis mati syahid kerana mati dibunuh pemberontak ketika menjalankan tugas yg diarahkan oleh pemerintah yg dipilih oleh rakyat

Anonymous said...

Tulisan panjang lebar untuk lepaskan tengkuk sendiri semasa hidup di dunia. Kesalahan sendiri dipusing supaya orang lain yg hendak memastikan keselamatan negara disalahkan.

Anonymous said...

Kesian boss kita tulis panjang mendayu2 mintak orang ramai percaya.

Wan....kasi tolong up boss kita tu wan. Kesian dia.

Anonymous said...

Mungkin juga polis pun mati syahid (kalu islam dan tak mabuk waktu tu)...apa2 pun biar RCI yg menyiasat dulu...mat sabu pun dah setuju utk jawap psl gambar ayatollah tuh...huhuhu..kenapa la korang glabah sngat ni, takut Madey akan kena ke?

Unknown said...

Awalnya saya hanya mencoba mengikuti program pesugihan akibat adanya hutang yang sangat banyak,dan akhirnya saya mencari jalan pintas meskipun itu dilarang agama,apa boleh buat dengan kondisi keuangan,dan akhirnya saya menemukan seorang dukun yang bisa membantu,saya di kasi pesugihan dana gaib tanpa tumbal sebesar 10M.alhamdulillah dengan seisin gusti allah dengan lantaran MBAH BUDI HARTONO,saya dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik dari sebelumnya,berkat bantuan MBAH BUDI HARTONO dengan waktu yang singkat,saya sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup,bagi saudarah bisa membuktikan sendiri,silahkan hubungi MBAH BUDI HARTONO di no 085256077899 untuk info lebih lengkap buka blog mbah karna di dalam blognya sumuanya sudah di jelaskan KLIK DISINI PESUGIHAN MBAH BUDI HARTONO yang penting anda yakin dan percaya,dan jangan samakan dengan dukun yang lainnya,bantuan MBAH BUDI HARTONO tidak ada epek samping aman tanpa tumbal,dan meman tidak ada duanya,wassalam dari saya ibu herlina..

Anonymous said...

Memang susah nak ubah kepercayaan orang ramai bila "amanat" tersebut dah tersebar. Tu la, lain kali sebelum cakap tu jaga mulut, fikir guna otak. Jangan fikir guna siku dan lutut.

Anonymous said...

Bukti bhw TGHH tak takut..tp mcmana Madey, diam bisu nampaknya

Anonymous said...

Kita sikit pun tak gelabah. Boss korang yg gelabah sampai merayu2 tulis kat facebook. Ingat kita nak percaya kot....


Kalu nak cakap byk2 pun tunggulah rci datang siasat dulu. Ni rci belum tubuhkan lagi pun dah gelabah nak menjawab.

Anonymous said...

Aku pun tak percaya, RCI lagi la tak percaya

Anonymous said...

Madey bijak. Percakapanya hanya di mahkamah, baru laku dan diminitkan. Bukan ckp tepi longkang , riuh satu kampung...ni jenis org xde akal.
Lain juga otak bekas PM dibandingkan org penakut nak jadi mb.

Anonymous said...

Madey relak. Tak gelabah. Tunggu RCI siasat baru jawab. Boss kita dah gelabah, belum kena tanya dah nerepek2 mintak oksigen dlm facebook

Anonymous said...

Cerita syahid tu dah cantik dah. Cuma bila ada gantung gambor pemimpin syiah sesat ayatola khomeini tu, dia punya cerita jadi spoil la

Anonymous said...

Biasanya org yg dah takut dan gelabah akan cepat2 bersuara mintak org percaya. Orang yg berani kerana benar kurang bercakap tapi akan bercakap pada waktu yang betul.

Anonymous said...

Madey masa tu pemimpin negara. Dia bertanggungjawab menjaga keselamatan negara drp ancaman agama sesat dan bughah

Anonymous said...

ya betul, madey pemimpin negara masa tu..apa yg terjadi dia kena bertanggungjawap...so rilek la kita tunggu RCI menyiasat tanpa gangguan drp diktator tua tu lg...huhuhu

Anonymous said...

Hehehe walaunta ahli2 pas mmg taksub dan fanatik dgn amanat hadi tuu. Bodoh, seolah2 itulah satu2nya jalan ke syurga. Hadi pun dah dipuja mcm nabi, dia baru respon sikit jer pasal rci memali tu, pak karam dah meloncat loncat mcm kera.

Anonymous said...

Semua org kampung yg mati tu sebab terpedaya dgn amanat hadi, diorang nak mati syahid sebab terpedaya dgn ajaran sesat ayatollah hadi. Diorang angkat senjata sebab melawan kerajaan yg kononnya kafir sebab kekalkan undang2 dan perlembagaan penjajah. Semua jelas dan terang tertulis dlm amanat hadi yg digantung dlm rumah2 ahli pas. Harap2 hadi tak ponteng la masa rci nanti, maklumlah kaki ponteng.

Masa kejadian tembak menembak memali tu hadi ada dimana ya? Rumah bini pertama, kedua atau ketiga?

Anonymous said...

Baca perenggan ni:
Abdul Hadi berkata, beliau tidak perlu lagi membuat penjelasan menerusi siaran televisyen tempatan kerana penjelasan secara terperinci melalui buku yang telah ditulisnya 15 tahun lalu.

Dah goyang la tuu. Nak bagi slot sejam suruh cakap tapi taknak pulak. Lebai2 pas ni jenis tak pandai bercakap ke? Hanya pandai jawap dgn tulisan mcm nik abuduh yg suka jawab di facebook tu ke?? Atau tak berani kalau ada sesi soal jawap. Takut ke kalau jawap spontan? Hari ni kita tanya, esok baru jawab dgn tulisan? Mcm tu? Patut la dlm sidang parlimen pun asyik diam atau ponteng jerrr.

Anonymous said...

Madey masa tu dah cuti walaupun masih dlm negara

Anonymous said...

Korang semua ni tak kasihan ke kat hadi?

Anonymous said...

Syaiton boleh mati syahid ker, pak karamu?

Anonymous said...

huhuhu...Madey cuti waktu tu? Malaun PH ni baru keluar gua nampaknya...nak ngampu tp bodoh!!

Anonymous said...

Besok kat tv kuar gambar gantung potret imam khomeini syiah sesat tu kat tempat mangsa terbunuh... orang pas pun bersorak2 bangga sbb mangsa sealiran dgn bos syiah

Anonymous said...

Yup madey cuti sbb nak gi luar negara. Urusan negara biasanya diserahkan kpd timbalan kalu boss gi luar negara. Kalau bos sakit pun sama. Contohnya bila hadi masuk ijn sakit jantung, tuan ibrahim akan ambik tugas hj hadi. Betul tak??

Anonymous said...

Tak kasihan pun. Lebai hadi yg melingkup parti pas. Dia tak mcm TGNA, zuhud. Hadi bongkak, sombong dan suka peluk2 dgn najib. Sedangkan TGNA suruh lawan BN sampai bungkus. Hadi lemah, dia gelap mata dgn duit dan jawatan.

Anonymous said...

Anon 10.14 ni mesti buta pasal urusan pentadbiran. Hehehe kesian. Maklum laa struktur organisasi dan pentadbiran dlm pas lain sikit; presiden kuasa veto dan total solution, anak2 buah angguk jer mcm batang pelir apa saja yg presiden arahkan.

Anonymous said...

Lilitan serban ketat sangat, oksigen tersangkut tak sampai ke otak sebab tu cakap merapu rapu keluar fatwa2 sesat. Bila dah jadi kes memali mula nak salahkan org lain. Mmg dasar pas mcm tu.

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [3495] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 870 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Pasal temberang memali bagi la kat badi bin bawang. Boleh menangis kita baca

Anonymous said...

Dulu badi bin bawang cakap mati lawan umno mati syahid. Ini dipercayai oleh kembu2 dan kerbau2.

Tu pasal jadi peristiwa memali.
Sebenarnya hanya polis yg terkorban menjalankan tugas tu yg gugur syahid

Unknown said...

Kalau tun m berani pasti masa dia pm dulu dia dah buat RCI.. full stop..

Anonymous said...

Pas siap minta slot 1 jam kat tv berkenaan isu Memali.
Bila diberi kebenaran 1 jam terus u-turn.
Apalah perangai lebai ni.
Macam ni nak cerita shahid? Baru bagi slot 1 jam seperti yang diminta dengan gahnya terus tak berani...
Nampak sangat lebai jual agama. Boleh terpesong dibuatnya.

Anonymous said...

Kertas putih pun cukuplah.
Lagipun masa kejadian dia cuti

Anonymous said...

Kalu kena gi nothing hide 3 agaknya terus terkencing terberak kot

Unknown said...

Fitnah ni bilamasa plk dpt kebenaran slot 1 jam.. sedangkan tun m dulu pun tak berani nak bagi inikan plk najib..

Anonymous said...

Bahalol mana tu yg kata polis mati syahid? Kah kah...tak tahu hujung pangkal cerita,,memandai nak sebut soal syahid dan hukum betkaitan bughah la....anggota polis berpesta arak ( tp kita tak menuduh semua minum,,ada yg tidak minum )agar hilang pertimbangan ,,terus ikut arahan je,,komunis,,,jika pergi dlm keadaan waras,,mereka tidak akan membunuh org2 kampung yg berkumpul di rumah us ibrahim libya tu. Sbbtu jamu arak biar mabuk dan ikut arahan. Kemudian,,ada bahalol kata org kampung angkat senjata,,,parang dan cangkul tu senjata ke? Kemudian wanita2 yg dibunuh suami mereka,,mcmtu la keadaan mereka. Suami yg belajar ugama kena bunuh,,,siapa yg tidak hilang kewarasan hingga ambil cangkul nak lawan polis yg berkereta kebal...biar rci jalankan siasatan....sudah lama kita menunggu saat ini utk dibongkarkan segala kebenaran.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.