Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ate ? ajar lah PAN dengan undang-undang, kita bercakap tentang keadilan bukan sejarah

WOIT ? ORANG PAN FAHAM TAK APA TPM CAKAP NIH

 

-Pak Karamu-

 

 ‘Orang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan’

0
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi - sumber internet
 
TAIPING - Kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali pada 19 November 1985, di Baling, Kedah yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan tersebut akan dilaksanakan sekiranya ada keperluan, permintaan atau resolusi daripada mana-mana individu, organisasi atau pertubuhan politik yang meminta kerajaan berbuat demikian.

Menurutnya, kerajaan bersedia menubuhkan RCI sekiranya ada permintaan bagi mendapatkan maklumat sebenar kejadian itu demi kepentingan mangsa dan keluarga mereka.

"Walaupun (permintaan) dari parti berbeza, undang-undang tetap ditegakkan. Orang yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang kali ke-29 2017, di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, di sini hari ini.

Beliau berkata, ia adalah keputusan kerajaan dan akan dipertimbangkan.

"Perkara ini juga mengingatkan saya, apabila kita ada kuasa, kita mesti berlaku adil dan tidak menzalimi sesiapa serta tidak menyalahgunakan undang-undang.

"Saya membaca dengan teliti tulisan 'Frankly Speaking' oleh Tun Musa Hitam yang antara lain menyebut beliau telah memperoleh arahan untuk menghapuskan Kampung Memali kerana di situ ada unsur-unsur keganasan dan militan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas ketika itu.

"Kita harus ingat, mangsa yang meninggal dunia akibat daripada tindakan tersebut telah dinafikan oleh orang yang memerintah ketika itu.

"Nyawa yang hilang mungkin mudah dipandang (ringan) oleh orang yang melaksanakan kuasa tetapi tidak mudah dilupakan oleh orang yang menjadi mangsa," katanya.

13 orang berkata:

Anonymous said...

Ya wak jahid, yg hancurkan kampung memali tu puak umno/bn, parti pemerintah yg lebai hadi dok terhegeh hegeh nak bersatu ler ni. Budak darjah satu pun tau!

Unknown said...

Harap tun m nanti boleh bg keterangan dgn jujur dn ikhlas nanti.. jangan asyik berada dlm situasi denial syndrom all the time...

WAK said...

lantak kome le... ALLAH MAHA MENGETAHUI nawaitu mike, ingatlah.... baik balasannya pahala, jahat ...busuk balasannya dosa

YANG FAHAM said...

mana nak faham, dia cakap sebab dia tak tahu untung sabut ke...untuk batu keee.... air dah sampai kat idung....terkapai kapai cari pelampung, sebab pulut santan binasa...

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7845] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 890 JUTA , wassalam.


Anonymous said...

Macam-macam cara dah cuba nak pancing... umpan brand ArrYuYu kumpau... guna rod power 164 pun tapau ... cuba try test tengok dedak Mameeli maybe ada hasil kot...

Anonymous said...

Alihkan isu balak, isu carbon, isu sedondon merah jambu...mcm sial ahli politik ni.

Unknown said...

Berbanding semasa dlm PR, Pas kini berada di landasan yg betul.. alhamdulillah.. kini hanya perlu beringat the moment pas bersetuju bekerjasama dgn dap dan baruanya pan maka secara automatik pas akan jadi barua dap juga di samping pan!

Unknown said...

Isu balak dan isu kilang carbon haram di penang ke tu?

Anonymous said...

Sekarang jadi barua joo loo dan pencuci taik penyangak 1mdv. Ye, kini berada di landasan yg betul

Anonymous said...

Kat kelantan.
Harakah tak tulis ke?

Anonymous said...

Kat zimbabwe la
Sebelah negeri uganda.

Unknown said...

Kalau kat kelantan, kerajaan negeri baru je dpt pengiktirafan ISO 2009 bg kategori Pengurusan Balak Terbaik Negara bg tahun 2016.. penang tak dapek ni.. yg ado kilang carbon haram.. keh keh..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.