Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA TERSILAP LANGKAH ISU INI BOLEH JADI PERANG BESAR


Saman pastikan Parlimen bebas

0
Lim Kit Siang
Kit Siang

SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah tindak balas daripada kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjalankan tanggungjawabnya.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab, Azalina gagal memastikan kebebasan Parlimen dan tidak kehila-ngan kuasa seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan dan doktrin pengasingan kuasa dalam kalangan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.

“Saya menyokong penuh tindakan undang-undang yang diambil oleh Loy Sian terhadap Pandikar.

“Begitu juga dengan kenyataan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dan peguam Latheefa Koya yang mengatakan bahawa tindakan itu bertujuan untuk menegakkan martabat dan peranan Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kit Siang turut menyelar kenyataan Azalina yang mendakwa tindakan menyaman Pandikar hanya melemahkan kemerdekaan dan merosakan nama Parlimen.

“Adakah Speaker menyedari bahawa ahli parlimen juga tidak senang dengan keputusannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Soalan-soalan berkaitan 1MDB yang diajukan lebih daripada 30 ahli Parlimen ditolak malah beliau turut mengharamkan isu itu dibahaskan di Parlimen.

“Isu 1MDB yang menjadi tumpuan dunia adalah contoh Parlimen telah kehilangan kemerdekaan dan peranannya,” katanya.

Rabu lalu, Lot Sian menfaikan saman terhadap Setiausaha Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Rakyat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak membenarkan beliau mengemukakan dua soalan berhubung isu 1MDB di Parlimen.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Aku pun nak tanya 3 soalan.
Soalan pertama, duit saham kohilal aku dah lingkup ke? Soalan kedua, duit potongan gaji cikgu 14j tu dah habis bayar balik ker? Soalan ketiga, kat mana head office dan kilang sedut karbon dioksid tu? Boleh share location kilang tu?

Anonymous said...

Tidur kat kerusi parlimen best tak?

Anonymous said...

Ofis kat uganda. Kilang kat zimbabwe

عبده العمراوى said...

شركة قمة الدقة للخدمات المنزلية
شركة تنظيف موكيت بالجبيل
شركة مكافحة حشرات براس تنورة

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.