Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PERLU KELUARKAN KENYATAAN ORANG PAN TENTANG MEMALI KETIKA MEREKA MASIH DIDALAM PAS

PERLU DIFAHAMI BAHAWA ISU MEMALI MULA BERGELORA DARI PERHIMPUNAN GANAS NOTHING TO HIDE 2.0. DAN PERISTIWA MEMALI TAK PERNAH SELESAI WALAUPUN SUDAH SEKIAN LAMA.

SEKARANG ISU ITU KEMBALI PANAS APABILA PAN MENGGATAL MULUT BANGUN MEMBELA DR MAHADHIR&MUSA HITAM

OLEH KERANA ITU PAS PERLU MENDEDAHKAN KENYATAAN ORANG TERTENTU DIDALAM PAN YANG DAHULUNYA MEREKA MASIH BERADA DIDALAM PAS SUPAYA RAKYAT TAHU APA PANDANGAN MEREKA TERHADAP PERISTIWA MEMALI DAHULU DAN SEKARANG

DAHULU MEREKA BERCAKAP DAN BERSEMANGAT LAIN, DAN SEKARANG MEREKA BERSEMANGAT LAIN APABILA MEREKA TELAH TUBUHKAN PARTI YANG BARU, SEKUARANG-KURANGNYA KITA DAN RAKYAT TAHU SIKAP MUNAFIK MEREKA 


-Pak Karamu-

 

 

Pas nafi guna peristiwa Memali untuk tarik undi

0
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Pas menafikan dakwaan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mendakwa parti itu akan menjadikan peristiwa Memali sebagai satu usaha untuk memancing undi orang Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata peristiwa Memali merupakan satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak dan Pas tidak mempunyai sebarang kepentingan politik dalam hal tersebut.

"Ini bukan soal menarik undi kerana isu ini memang sejak dahulu diperjuangkan oleh Pas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ke-19 di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, Pas sengaja menimbulkan kembali peristiwa Memali semata-mata untuk memancing undi orang Melayu menjelang PRU14.

Pada 16 Ogos, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa kerajaan agar mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kembali peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 itu.

Peristiwa Memali yang menyaksikan 18 orang terbunuh kembali hangat susulan kekecohan yang berlaku semasa majlis Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor berikutan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Bernama

29 orang berkata:

Anonymous said...

Youtube

KISAH DUIT TABUNG MAMALI YANG SEBENARNYA.

Ini sebenarnya apa yang berlaku hingga pandap marah sangat.

WAK KARTOLO said...

pak karamu cuba cerita sikit pasal amanat haji hadi.....kalau macam ni betoi tak...saudara saudara sekelian, percayalah , kita menentang umno bukan nama dia umno, kita menentang bn bukan nama bn,kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kitaberjuang melawan mereka. Percayalah saudara saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam .....bla bla bla, sekarang ni boleh berbaik baik dengan umno, bolrh duduk sedondon dengan umno, boleh makan semeja dengan umno, umno dah mengamalkan perlembagaan Islam ke????umno tak ikut peraturan kafir ke???? umno tak ikut peraturan jahiliah lagi ke????? ataupun haji hadi dan pas dah ikut apa yang diamalkan oleh umno....pas dah u turn ke????

Unknown said...

Org luar memang sukar nak faham benda2 berat macam ni.. sebab tu lah mereka keluar pas.. jadi barua dap lagi senag tak lah berat sangat..

Anonymous said...

Yg patut ditangkap adalah ekstrimis ayatollah badi bin bawang. Amanat dia yg galakkan ahli pas nak syahid dgn lawan umno yg terang2 melayu islam. Syahid pejadah lawan sesama islam. Badi bawang ni gila isim masa buat ucapan amanat tu.

Anonymous said...

Mangsa memali tu shahid ke? Kofius?

Anonymous said...

Dah tengok youtube berkaitan duit memali tu.....cakap sorang2 memang syok,,,apatah lagi yg mendengar tak tahu hujung pangkalnya. Minta org lapor dgn segala fakta kpd sprm. Tapi, aku seakan2 yakin semua ni auta pancacai. 90 juta dedak ssbagai contoh,,,,apa bukti? Pembohongan dan auta.

Anonymous said...

Mat yakob ada pergi memali ke lawat balu dan anak para syuhada tu? Dah ada banglo tu tak ada salahnya lawat mereka hulur seribu dua sorang. Dengar cerita balu2 tu hidup miskin dan susah. Orang2 keliling pun buat tak tau. Kalau free time tak gi pejabat mb tu jenguk2lah balu2 tu tanya khabar. Tak kan dah jadi mb malu nak lawat orang miakin...kannn

Unknown said...

Eh betul ke? Nape tun m tak tangkap dulu? Barua punya tun keh keh..

Anonymous said...

Habis duit tabung tu gi lesap mana? Toyol menyamar pakai serban ambik kot? Pelik la

Unknown said...

Alhamdulillah polis pun dah kata clear kita bersyukur kerana masih inginkan RCi.. pas berani kerana benar umno takut kerana salah.. tapi kini umno dah ada pembela daripada pan keh keh..

Anonymous said...

Patutnya org pas la yg gi lapor sprm. Itu kan duit tabung org pas. Org pas yg buat tabung tu.

Anonymous said...

Cuba ko suruh hj hadi cadang kejaan buat rci tabung memali. Mungkin amat yakob setuju.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Pas setuju buat rci memali dan rci duit tabung memali. Takbir

Anonymous said...

Alhamdulillah semuga dgn adanya rci itu toyol2 yg sedang berkeliaran di memali dapat ditangkap dan didakwa.

Anonymous said...

Polis dah kasi clear. Duit tabung pun dah clear. Sbb apa? Sbb tak ada audit.

Anonymous said...

Duit yg diaudit pun orang boleh rembat inikan pula tabung yang tak ada audit. Lagi senang nak rembat.

Unknown said...

Kita tunggu je rci.. sambil2 nak bgtahu ni bhw sokongan melayu kpd pan makin berkurangan drpd 5% kini hanya tinggal 1% shj.. cybertroopers pas silalah berehat.. takkan kita nak bagi tko sampi 0.1% kut.. harap ada perasaan belas kasihan juga..

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7845] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 890 JUTA , wassalam.





Anonymous said...

Drp korang bising pasal politik kes memali ni baik korang gi memali tengok sendiri kemuskinan balu2 mangsa memali yg masih hidup. Lepas tu hulur bantuan. Cuba tanya sendiri betul ker depa tak terima duit tabung mangsa memali tu.

Anonymous said...

Sumber rujukan?
Harakah?

Anonymous said...

Yg dah mati tu kita tak risau sgt sbb pas dah isytihar syahid. Yg balu2 syuhadah tu yg kita kena bela. Mintak pas buat tabung baru utk balu syuhada tu. Tapi kali ni buat proper sikit, buat audit, buat resit. Barulah toyol tak boleh rembat.

Anonymous said...

Suami mereka kita sanjung. Balu mereka kita biar hidup sengsara. Manusia jenis apa kita ni agaknya.

Anonymous said...

Sambil2 kita ahli pas ni lawat kubur 14 syuhada tu, marilah kita jenguk rumah balu2 mereka. Mereka ni semua ahli pas macam kita. Tak eloklah kalau cuma ingat mereka time ada pru saja. Maaflah cakap.

Anonymous said...

Maaf cakaplah. Dah ramai kawan kita menang jadi adun dan mp sbb guna nama memali ni bila berkempen. Masa kempen sajalah fasih cerita memali. Bila dah menang batang hidung pun tak pernah nampak kat memali ni. Rumah balu syuhada ni pun tak tau dok mana. Haram nak bantu seringgit dua. Buat tabung pun lesap dek kawan kita jugak. Jiran2 mcm aku ni pun keluarga bukan senang. Nak makan kais2. Nak bantu selalu memang tak boleh, sekadar yg mampu. Org luar yang tak tau habuk salahkan jiran2 pulak. Kita pulak yg jadi kambing hitam.

Anonymous said...

Betul...ini semua nak.cover je.
Balu2 mangsa hidup kais pagi makan pagi.
Lain lah kalau cerita nak membantu bagi meringankan beban keluarga mangsa..
Baru betul wakil rakyat ,ini tidak nak bela yang dah mati...nampak sangat gimik politik sahaja!

Anonymous said...

Orang luar baik umno ke, baik pakatan ke, baik puak2 pas kita tak payahlah nak pung pang pung pang. Awak tu bukan tau pun memali kat mana. Setakat nak main politik, nak tarik undi dapat jawatan, boleh jalanlah. Tanya pemimpin kita tu, berapa kali jejak kaki kat rumah mangsa memali ni? Ada tanya mangsa memali tu dapat bantuan atau tidak? Ada tanya mangsa kat sini ni hidup senang ker susah? Politik saja lebih. Guna nama memali nak raih undi. Dah dapat undi jenguk pun tidak. Mula2 jadi mb dulu, pemimpin kita konon tak rela tengok org miskin ada di kedah, dah jadi mb sibuk main politik 24 jam. Dah la jangan nak pung pang pung pang.

Unknown said...

Sama sama kita tunggu RCi.. biar tun jawab di dunia ni bagi mengelakkan beliau jawab di akhirat..

Anonymous said...

RCI nanti soal pasal amana haji hadi sekali...baru dapat pencerahan

Unknown said...

Tghh malah lebih berani lagi pernah mintak slot sejam di tv1 utk bg penerangan pasal amanat tu.. tapi tun m mana berani bagi sampai ke la ni..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.