Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!!

Beza pendapat punca Rafizi tidak hadir mesyuarat

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Selepas menerima beberapa pandangan susulan cadangan supaya kebuntuan mengenai kerjasama PKR dan Pas diselesaikan melalui kongres khas, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengemukakan jawapan balas terhadap dakwaan tersebut.

Rafizi dalam satu kenyataan berkata, daripada pelbagai pandangan baik daripada peringkat dalaman parti mahupun luar, ia telah menimbulkan persoalan dalam kalangan media dan orang ramai.

"Saya membuat keputusan tidak hadir ke mesyuarat biro politik sejak Ogos 2016, selepas perbezaan pendapat yang berpanjangan sehingga boleh membantutkan persediaan parti menjelang PRU14," katanya.

Menurutnya, walaupun tidak hadiri mesyuarat biro politik, tidak bermakna beliau tidak mengambil tahu perkembangan parti.

"Saya bermesyuarat dengan presiden, setiausaha agung, pengarah pilihan raya pada masa yang melibatkan pilihan raya setiap minggu.

"Pada saat-saat menjelang PRU14 ini, saya tidak nampak bagaimana biro politik atau Majlis Pimpinan Pusat boleh capai persetujuan dalam soal kerjasama dengan Pas. Jadi cara paling terbaik ialah dengan menyerahkannya kembali kepada akar umbi melalui kongres khas," katanya.

Mengulas lanjut, beliau juga turut menjelaskan sebab mengapa memilih untuk tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

Menurut Rafizi tindakan itu dibuat rentetan beberapa peristiwa dan perbezaan pendapat, antaranya dalam soal pembahagian kerusi pada pilihan raya Sarawak, Mei 2016. 

"Berlakunya pertembungan tiga penjuru walaupun secara jelas keputusan biro politik mengekalkan persetujuan pembahagian kerusi, dan ia diputuskan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang ditandatangani sendiri oleh Timbalan Presiden parti," katanya.

Kedua, katanya, tindakan melengah-lengahkan penyertaan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Sehingga ke saat akhir, saya terpaksa mengeluarkan Pekeliling Setiausaha Agung mengarahkan jentera parti turun membantu jentera Pakatan Harapan, (dari Amanah dan DAP) tanpa menunggu keputusan biro politik yang tidak kunjung tiba," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, keputusan di peringkat biro politik menjadi sukar apabila wujudnya perbezaan pendapat.

"Meskipun sudah ada persetujuan di peringkat biro politik,  jika tidak disukai seseorang, keputusan itu tidak dihormati.

"Malah, ia akan dibuka balik di dalam mesyuarat biro politik, kemudian ditukar. Akibatnya, mesyuarat biro politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan," katanya.

Jelasnya, keadaan ini semakin menjadi-jadi termasuk isu yang paling sensitif, iaitu kerjasama dengan Pas kerana ia melibatkan Kerajaan Selangor.

"Oleh kerana pandangan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ialah untuk terus membuka pintu kepada Pas sehingga ke saat akhir untuk memastikan kemenangan di Selangor, sebarang langkah yang dilihat tidak disukai oleh Pas ditolak," katanya.

Dalam pada itu, mengulas pula tuduhan mengaitkan beliau sebagai ejen Umno dan rujukan kepada "ponorogo” Rafizi berkata, ia bukan isu yang baru dibangkitkan.


"Tuduhan oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat, Latheefa Koya, saya sedia maklum sejak lebih setahun, selepas ada cerita kononnya saya dibeli Umno melalui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk menghancurkan PKR , dan sebagai pertukaran kepada tidak ke penjara kerana saya ada banyak kes di mahkamah," katanya.

Beliau turut mengesahkan tidak pernah berjumpa mana-mana menteri atau pimpinan kanan Umno/BN selain hanya berselisih di Parlimen.

"Saya bertemu Ahmad Zahid sekali sahaja di mahkamah pada 2012 untuk menyelesaikan kes saman beliau terhadap saya.

"Saya isytihar harta setiap tahun secara berkanun dan saya yakin rakyat tahu saya tidak ada kekayaan yang disyaki hasil daripada sogokan," katanya.    

Rafizi berkata, beliau tidak sewajarnya dilihat sebagai ancaman politik kepada rakan-rakan sebaliknya sekadar seorang yang sudah biasa bersuara apabila berbeza pendapat.

“Ramai merasakan saya mengancam kedudukan politik mereka. Saya sendiri pun tidak pasti sama ada kekal di dalam politik selepas bakal menjalani hukuman (jika rayuan ditolak),” katanya.

48 orang berkata:

Anonymous said...

bagus rafizi ni, cermat dan tertib, fokus cuma pada parti, tak gila jawatan.

beza dgn hadi, bila jawatan terancam dia buat undi chai semasa muktamar lepas tu halau dari parti dgn caci maki barua bagai. kononnya ulamak tapi hadi sayang jawatan, melingkupkan parti dan cinta dunia. hadi ni ulamak jenis apa ya?

Anonymous said...

YE KE ???. Boloh punya olang. mudah kena tipu maa... macam keldai.

Anonymous said...

Siapa taukeh durian kunyit di kelantan???

Anonymous said...

Kena tipu hadi bulat2

Anonymous said...

Siapa tokey balak di kelantan?

Anonymous said...

Siapa tokey urus niaga karbon dioksid di kelantan?

Anonymous said...

Siapa tokey urus niaga tanah tugu banjir di kelantan?

Anonymous said...

Siapa untung jual amanat?

Anonymous said...

Siapa untung jual kismis jampi air jampi?

Anonymous said...

SIAPA UNTUNG JUAL AGAMA DENGAN HARGA MURAH?

Anonymous said...

Tak ada jawapan kod satu pun soalan2 bodoh di atas melainkan jawapannya ialah " fitnah pancacai penjilat buntot lge "... Tapi,,jika soalan berikut : siapa berkhalwat dgn normah dan didakwa di mahkamah? Ya,,jwpnnya ialah mat sabu...he he...bodoh la penyokong pan suka bermain dgn fitnah.

Anonymous said...

siapa sanggup buat undi chai semasa muktamar? hehehe hadi laa sebab nak bergayut pada jawatan sampai mati.

Anonymous said...

Fitnah?
Gambar siapa brahm libia gantong?

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7645] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 840 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Siapa penjual agama yg kata kalau menang 20 kerusi, parti lobai boleh pilih utk jadi sekutu Bn atau Ph sbb kerusi pak lebai mahal??

Siapa bagi dedak lebih boleh bersekutu dgn parti pak lebai

Anonymous said...

Sapa ulama suu yg cakap ketua perompak duit rakyat klu dah taubat boleh sokong?

Sapa?

Anonymous said...

Latifah tulis rafizi ponorogo. Lidah lobai Karamu sambung tulis apa yg latifah tulis. Besok mungkin lidah wan pulak sambung tulis

Anonymous said...

Dalam dunia ni, siapa satu2nya ulama no 2 dunia yg pernah baruakan orang islam? Cuba teka

Anonymous said...

Lidah ulama manakah yang mula2 sekali mengeluarkan ayat "tanam di jirat cina?" Tahniah kerana dapat kumpul saham paling banyak.

Anonymous said...

Siapakah ulama terrrrrrrrrrrkenal di alam maya ini yang pertama sekali menyebut "tokey pil kuda" kepada umat seagama dengannya? Takbirrrrrrrrrrrrrrr

Anonymous said...

Apakah kenderaan terkini ulama no 2 dunia? Apakah kenderaan yang digunakan oleh khalifah Umar Abdul Aziz?

Anonymous said...

Namakan seorang ularmak yang pernah menggunakan perkataan "babi dalam bukit?"

Anonymous said...

Betulkah orang islam wajib masuk pas?

Anonymous said...

Siapakah ulamakkkkk negars kita yang paling kerap menghadiri gathering di iran?

Anonymous said...

Di negeri manakah ularmakkk ayoh pin mendirikan kerajaan langitnya?

A. Penang
B. Perlis
C. Sabah

Anonymous said...

Kamu ni tak ada kerja lain ke asyik nak kutuk Haji Hadi .....kesian kat dia. dia belum pulih sepenuhnya....biarlah dia berehat...

Anonymous said...

Ye ke lebai hadi sakit? Haritu kemain panjang lebar dia tulis surat terbuka utk sucikan najib, jho low dan 1mdb. Berjela2 nas dari quran dia petik. Tak sihat lagi ke? Kifarah la kot sebab suka maki org lain yg tak sependapat dgn dia.

Unknown said...

Di kelantan kilang halal
Di penang kilang haram jadah!

Unknown said...

Alhamdulillah semakin pas dan tghh dipersenda semakin rendah % pan di kalangan org melayu.. aku amat berharap agar pan dapat meneruskan lagi usaha terkutuk ini agar pan semakin dipinggirkan daripada arus politik perdana.. syukran3x ..

Unknown said...

Tanya lah mat sabu dulu.. idola dia tu..

Unknown said...

Kalau tak buat chai macamana perwakilan pas nak tahu yg mana satu barua dap!

Unknown said...

Ada yg tak perlu dedak kononnya tapi sanggup jadi barua dap camana pulak?

Unknown said...

Cuba tanya ulamak suu pangkor 2.. dia ni yg mulakan fitnah UG.. dasar barua dap!

Unknown said...

Dulu lagi aku dah kata rapiji ni is a loser.. langkah kejang entah kemana fitnah TSKI kena mintak maaf dan kini kaki ponteng mesyuarat biro politik plk..

Unknown said...

Ulamak pangkor 2 yg membaruakan diri sendiri kpd dap .. keh keh

Unknown said...

Lidah ulamak pangkor 2 yg sokong bg tanah 1000 hektar kpd sekolah cina.. keh keh

Unknown said...

Ulamak pangkor 2 kut yg menghalalkan calon pil kuda calon sokong marxist calon sokong sosialis dan kini calon sokong bunuh org memali lah kut.. tu yg terkenal kerana baca doa memanjang agar majlis dap diberkati Allah jua..

Unknown said...

Tak tahu pulak tu.. sila cadangkan (fitnah).. ehh..

Unknown said...

Babi di sebalik bukitlah.. bodoh punya penyokong pemakan babi! Keh keh

Unknown said...

Tak juga.. yg wajib ialah sokong perjuangan islam.. macam dap spt yg pan sokong.. keh keh

Unknown said...

Kena tanya mat sabu sebab dia ada ikut sekali..

Unknown said...

Di negeri BN terengganu lah ngok.. keh keh

Unknown said...

Ada org yg baru pulih dari strok tapi tak serik2 jadi barua dap.. keh keh

Unknown said...

Aku rasa majlis biro politik pkr dah kena kencing dgn dia tu..tu yg tunggu masa mesyuarat tak timbul2 tu.. dah setahun wooh..

Unknown said...

Sape pulak tokey pil kuda?

Unknown said...

AMANAT MAT SABU!
(Ceramah PAS di Dataran MADI Perlis)

"Andainya satu hari nanti aku meninggalkan perjuangan ini (PAS) dan menyertai parti lain atau aku menubuhkan parti baru (PAN)...
Hangpa semua yang ada di dataran ini.. jangan ikut aku.. Pasai apa..??
Kerana pada masa itu aku dah tak betui.. Hangpa semua tetaplah bersama-sama PAS"

Mohamad Sabu atau 'Mat Sabu'

Unknown said...

Sape yg mengaku islam tapi sokong org jual arak di kawasan melayu dan tak berani marah sebab takut dap marah balik?

Unknown said...

Siapa yg jual agama hingga sanggup tunduk kpd kafir lahanat.. pasti orang tu munafik..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.