Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BNM TIADA KEKEBALAN

Permohonan BNM siasatan tertutup ditolak

Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia
(Ubah saiz teks) 
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) memulakan siasatannya hari ini dengan menolak permohonan Bank Negara Malaysia (BNM) agar prosidingnya ditutup kepada media dan orang ramai selepas dua laporan dikemukakan saksi.

Pengerusi panel RCI lima anggota itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Seksyen 21 (2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 “menyebut bahawa semua keterangan yang dikemukakan semasa siasatan merupakan keistimewaan mutlak dan tidak boleh dikenakan pendakwaan atau saman.”

Kata beliau, tiada guna RCI diwujudkan jika semuanya diklasifikasikan sebagai rahsia.

Mohd Sidek berkata, orang ramai dibenar terus mengikuti prosiding itu, tetapi dokumen tidak boleh diberi kepada orang lain, kecuali kepada pesuruhjaya.

"Ini adalah siasatan dan tiada siapa yang dibicarakan, maka kami meneruskannnya untuk mencari kebenaran. Kami mempunyai masa yang sangat terhad untuk menyelesaikan urusan ini menjelang Oktober,” katanya.

Mohd Sidek, yang juga pengerusi Petronas, dibantu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan.

Setiausaha suruhanjaya itu ialah Datuk Dr Yusof Ismail, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan.

Pada 15 Julai tahun ini, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan terhadap penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili BNM, meminta suruhanjaya itu menggunakan kuasanya untuk tidak membenarkan orang ramai dan media mengikuti prosidingnya kerana dua laporan berkenaan diklasifikasikan terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Hock Chuan berkata, dua saksi akan mengemukakan laporan berkaitan urus niaga mata wang asing antara 1988 dan 1994, tetapi, menurut beliau, laporan berkenaan terletak di bawah OSA.

​​​​​​​Katanya, Seksyen 8 (g) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 tidak membenarkan orang ramai dan media mengikuti bahagian siasatan itu.

Beliau memberitahu, panel siasatan itu bahawa kedua-dua laporan berkenaan diklasifikasikan terletak di bawah OSA dan RCI tidak mempunyai kuasa untuk mengubah status laporan berkenaan.

Oleh itu, kata beliau, kandungannya tidak boleh dikemukakan sebagai keterangan.

Dua laporan berkenaan ialah Urusan Perakaunan mengenai Kerugian Berpunca Daripada Pengurusan Rezab Aktif 1988-1994 dan Laporan Audit mengenai Bahagian Operasi Mata Wang Asing, Jabatan Perbankan dan Cawangan Pemprosesan bertarikh 21 Januari 1994.

Hock Chuan berkata, kesemua pesuruhjaya mempunyai kekebalan penuh, tetapi dua saksi berkenaan tidak mempunyai kekebalan dan mereka boleh berdepan dengan prosiding undang-undang sekiranya mereka mendedahkan kandungan laporan yang diklasifikasikan terletak di bawah OSA.

"Tuan meminta mereka (dua saksi berkenaan) melanggar OSA. Tuan tidak boleh memaksa mereka," katanya.

Pegawai pengendali tidak berhujah tentang isu itu. - Bernama

7 orang berkata:

Anonymous said...

Yg kebal cuma 1mdb-dijaga oleh najib dan jho low, dijamin halal oleh lebai hadi dan disokong oleh walaunta ekstrimis yg gila nak mati syahid.

Anonymous said...

Golongan pancacai dan "baruah2" dap lgbt sudah meroyan dan kepanasan seoerti anon 11.21. Dalam keadaan seronok fitnah pm dan pas isu 1mdb dan dedak 90 juta,,tup2 isu bnm rugi urusniaga forex berpuluh billion sehingga diakui bank dunia skandal terbesar industri bank dunia rupanya2 didalangi tun maha....dan anwar aljuburi ,,dua otai auta dan kaki kelentong yg dipuja2 baruah2 dap....ha ha...lagi rci memali yg mana tun m adalah dalang sebenar akan ditubuhkan lagi,,,,,baruah2 anjing kurap dap yg dahulunya org pas gila meroyan jadinya.

Anonymous said...

BN yg melingkup duit forex, bunuh org memali, melingkup perwaja steel, melingkup 1mdb. Pas melingkup balak, pijak org asli, aniaya org kelantan. Elok sangat la bn dan pas bersatu padu atas nama islam. Takbirrr.

Anonymous said...

Politik menjelang pru14

IrWrWs said...

Fitnah2 macam ni aku suka korang war2kan.. sebelum ni dah byk kali fitnah2 yg seumpama ini disebarkan.. alhamdulillah sehingga tinggal 1% sahaja kini sokongan kpd pan..

Pernah dengar tak atgna kata kalau syaitan nak membantu kerja2 islam pun kita terima.. jadi bila dah termakbul hingga sokongan pan tinggal 1% shj di mana ini amat baik utk islam, siapalah gamaknya yg telah jadi syaitan ni sebenarnya?

Anonymous said...

Ni pas kena buat rci ni

IrWrWs said...

Rci 1% ke? Keh keh

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.