Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PELIK AZMIN NIH, SEDANGKAN PKR LEBIH KUAT DARIPADA PAS. APA YANG DIA HARAPKAN ?

PKR masih berusaha bincang, pujuk Pas

0
PKR masih berusaha bincang, pujuk Pas
Mohamed Azmin menerima replika cek dari Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Incorporated, Soffan Affendi Aminuddin pada majlis penyerahan lembu korban Kerajaan Negeri Selangor sempena Aidiladha.

GOMBAK - PKR masih berusaha untuk berbincang dan memujuk Pas bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang PRU14.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun berkata, usaha dan perbincangan tersebut merupakan inisiatif daripada PKR dan bukannya atas kapasiti Pakatan Harapan atau komponen lain.

“Setakat ini masih belum ada apa-apa keputusan lagi berkaitan perbincangan dengan Pas...perbincangan kerjasama dengan Pas ini hanya melibatkan PKR sahaja, bukan Pakatan Harapan.

“Ingin saya tegaskan, apa-apa perbincangan dengan Pas setakat ini merupakan inisiatif daripada PKR, ianya tiada kena-mengena dengan Pakatan Harapan.

“Saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan, sebab itu saya katakan inisiatif itu atas kapasiti PKR untuk mengekalkan kerjasama dengan Pas,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena Aidiladha di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memiliki wang tunai RM83 bilion di Taiwan, Azmin melihat dakwaan berkenaan lebih bermotif politik.

“Mengapa sekarang mahu menaikkan isu ini? Mengapa tidak ketika 23 tahun Tun Mahathir masih mentadbir?,” katanya.

6 orang berkata:

IrWrWs said...

Hahahaha.. mungkin blogger ni baru lahir selepas tahun 2008 kut.. takpelah aku maafkan..

Anonymous said...

Mabuk ketum ke si Assmin ni...kan PKR parti terkuat seantero dunia dgn dokongan ahli2 PAN, buat apa lagi nak mengendeng dgn parti yg dah lemah mcm PAS...ahli yg tinggal pun hanya hj Hadi dgn TITM jer...aparaa...hahahahaha

Anonymous said...

Mungkin dia masih berharap lobai2 akan balas budi sbb tak pecat bos lobai dan percaya lobai2 tu akan undi dia lagi. Ketahuilah, dia akan jadi mangsa pertama lobai dlm pru14

IrWrWs said...

Tahniah azmin kerana menyedari akan kebergantungan pkr kpd pas.. kalau nak harap pan baru 1% dapat sokongan undi melayu!

Anonymous said...

1% tu jumlah melayu yg jadi barua joo loo dan pencuci taik penyangak 1mdv

IrWrWs said...

Mana mungkin org melayu nak sokong barua dap kecuali yg 1% tu jer la..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.