'Kalau itu cara untuk jatuhkan Umno, silakanlah'
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas negeri memberi reaksi
sinis terhadap kesediaan Parti Amanah yang tidak menolak
kemungkinan untuk bertanding tiga penjuru dalam pilihan raya
umum akan datang.
Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat ketika bercakap
kepada Sinar Harian di sini secara berterus-terang
‘mempersilakan’ parti itu berbuat demikian.
Dalam reaksinya itu, Satiful Bahri seolah-olah menunjukkan
pihaknya tiada sebarang halangan dan mengalu-alukan Amanah
berbuat demikian jika itu dilihat satu-satunya cara untuk
menjatuhkan Umno dan BN, sebagaimana diperkatakan di awal
penubuhan Parti Amanah.
“Kalau itu cara untuk jatuhkan Umno dan BN, silakanlah,”
katanya sebagai mengulas kenyataan Presiden Amanah,
Mohamad Sabu yang sedia bertanding tiga penjuru menentang
BN dan Pas dalam pilihan raya umum akan datang jika
terpaksa.
Memetik laman portal, Mohamad yang lebih dikenali sebagai
Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan peluang kepada
Pas sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang
hanya akan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya
tersebut.
Pada masa sama, Satiful yang juga Adun Paka turut menyelar
sikap Amanah yang berhasrat bertanding tiga penjuru kerana
realitinya, tindakan parti itu tidak akan berjaya melemahkan Umno
dan BN.
Jelasnya, ia sudah bertentangan dengan matlamat dilaungkan
Amanah sebelum ini untuk bersama-sama Pakatan Harapan
menumbangkan BN pada PRU14.
Beliau sebaliknya menjelaskan bahawa perkembangan itu
sebenarnya hanya memberi keuntungan kepada parti pemerintah
dan memanjangkan ‘talian hayat’ BN.
“Kalau untuk mematikan Pas, ya! Kalau tindakan itu untuk
menumbangkan Umno dan BN, saya tidak nampak,” katanya.
Sementara itu, beliau tetap menegaskan bahawa Pas tidak
akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan sebagaimana
keputusan Pas Pusat dan hanya mengekalkan kerjasama
dengan PKR.
Walau apa pun alasan diberi pihak lain supaya Pas bekerjasama
dengan Pakatan Harapan, beliau menegaskan semua pihak supaya
faham pendirian Pas dan tidak perlu memaksa parti itu kerana Pas
adalah parti yang berprinsip
.
3 orang berkata:
Amanah musuh no 1 Pas.? sebab fikiran dan perjunagan peminpin Pas sudah bertukar dan sudah tidak mnegenali siapa musuh sebebnar.Dulu Umno BN musuh no 1 dan kini hampir menjadi kawan seperjuangan sebab itu muncung senapang dihala kepada Amanah.Tak Heran pun ,Apa yang Amanah dapat memberi keuntungan di atas dunia ini tetapi Umno telah pun menunjukan bunga2 nya memberi unutng kepada Peminpin Pas.Apa kurangnya dengan bolger ini .sepatutnya menjadi pihak untuk mneyatukan tetapi menjadi batu api mneyerang Amanah setiap hari ,langsung tidak mneyerang Umno .Nak nafikan ? lihat wajah sahaja sama dengan nama PAKKARMU .
Musuh dalam selimut adalah musuh yang sukar.
UMNO musuh yang nyata. Kita nampak.
Tapi PAN... adalah kawan yang jadi lawan.
Lebih baik kita berkawan dengan oarang yang pasti jahat. Sebab kita tau cara untuk mengelaknya dari berkawan dengan orang yang nampak amanah tapi tak tau isi hatinya.
jets jersey
giants jersey
new balance outlet
ray ban sunglasses
cleveland cavaliers jersey
packers jerseys
basketball shoes
the north face
nike blazer pas cher
michael kors outlet
Post a Comment