AHLI AMANAH PATAH BALIK PADA PAS, KESIAN GAK PADA DIA ORANG NI, TAPI NAK BUAT MACAM MANA , PAK KARAMU CADANGKAN PAS KENA TUBUH AJK KECIL UNTUK TIMBANGKAN PERKARA INI, MUNGKIN MEREKA TERTIPU, SEBAB PADA PERINGKAT AWAL PARTI AMANAH MEMANG MENGWAR-WARKAN BAHAWA PAS AKAN TINGGAL BATU NESAN ! MARILAH SERTAI KAMI ! MASA TU LA MEREKA TERPERANGKAP. LA NI MEREKA SUDAH INSAF BILA MELIHATKAN PRESIDEN AMANAHPUN RUPANYA PANAS BARAN.
SUNGGUH TAK SANGKA, DULU MASA DALAM PAS MAT SABU NI SENTIASA COOL JE, POLIS TANGKAPPUN DIA COOL JE, TAPI LA NI LAIM MACAM JE, ANGKAT SUARA SIKIT BILA BERCAKAP PIUUUUNG !!! MIKROFON MELAYANG, AGAKNYA PARTI AMANAH NI PARTI PANEH BARAN KOT, APA KATA AHLI BILA DAPAT TAHU PRESIDEN AMANAH JENIS PANAS BARAN? APA PULA KATA PENGUNDI ! APA PULA KATA DAP DAN PKR ? AWAT HANG JADI BEGINI MAT OIIII ! -Pak Karamu
'Saya ada bukti, fakta ahli Amanah kembali sokong Pas'
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata beliau
mempunyai bukti ada ahli Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengubah
haluan menyokong perjuangan Pas.
Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin
meminta kepimpinan Amanah untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana
beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.
"Saya sebut (ada anggota Amanah sertai Pas semula) itu sebab saya ada fakta.
Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami
berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan
Amanah.
"Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut,
namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara
termasuk perjuangan kedua-dua parti.
"Amanah perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya," katanya kepada Bernama hari ini.
Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal online
berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah
Komunikasi Amanah, Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan
nama-nama individu yang terlibat.
Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu
atau telah mengisi borang keahlian Pas semula, ahli Parlimen Kota Bharu
itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keahlian mereka. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment