Mahfuz: Penyatuan Pas-Umno jangan tunggu lama-lama
KUALA KANGSAR - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, berkata Pas
dan Umno masih mempunyai masa untuk menjalinkan kerjasama politik.
Oleh itu, kata Mahfuz sebagai permulaan dua Pilihan Raya Kecil (PRK)
Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh dijadikan sebagai medan permulaan
untuk Pas dan Umno memulakan kerjasama tersebut.
"Oleh itu bagi saya masih belum terlambat sebelum hari mengundi awal
pada selasa 14 Jun atau hari mengundi pada 18 Jun untuk kedua dua parti
Pas dan Umno/BN membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan
satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini.
"Contohnya Pas membuat pengisytiharan menarik diri dan melepaskan
kerusi Sungai Besar untuk Umno/BN terus berlawan dengan Amanah dan
menggerakkan pengundi Pas untuk mengundi dan menangkan calon Umno/BN.
"Umno/BN menarik diri serta melepaskan kerusi Kuala Kangsar kepada Pas
untuk berlawan dengan Amanah dan mengerakkan pengundi BN mengundi dan
menangkan calon Pas," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Ujar Mahfuz lagi, tindakan itu akan lebih mudah difahami dari isyarat yang sukar kepada pengundi mengenai perihal itu.
"Dan ini akan lebih menguntungkan dari kedua dua parti terus berlawan
yang berkemungkinan ada parti tak menang langsung pada PRK ini. Kata
Ramli Sarip Papa Rock bersama kumpulan Sweet Charity Jangan tunggu lama
nanti lama-lama dia diambil orang," katanya.
Katanya lagi, hanya ketakutan Pimpinan Pas dan Umno sahaja yang menghalang cadangannya untuk PRK ini.
"Mungkin selepas PRK mereka kena berniat dan berazam buang ketakutan
untuk bersatu. Sedap pula seni kata lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat.
Senyum!, Penyatuan Pas,Umno suatu penantian," katanya.
11 orang berkata:
mahfuz cakap merapu....nampak mcm bodoh je....
Pecat saja mahfuz ni...meluat dah aku tengok. Asyik kondem parti sendiri.
Biar dia sorang2.. dia dah tak senang duduk tu.. kita toksah layan dia sampai PrU14..
layan p la sat keldai ni sementara pru14 ni...nanti smpai masa kita pakat2 ajaq mampuz ni
Politik org bijak la,,, apa turrrr bila berparti,, asyik ketua saja boleh bercakap,,, org bawah kena angguk saja apa ketua kata,,,
Talam dua muka
KELANTAN – GUA MUSANG: Kemiskinan hidup yang dialami menyebabkan sebuah keluarga di sini hanya mampu tinggal di dalam bangsal yang tidak sempurna di Kampung Aring 2, di sini.
Lebih malang bagi ibu muda, Nurul Hafizan Mat Razali, 19, dia terpaksa tinggal bersama anak sulungnya, Fatira Aisya Mohd. Khairi, 5, dan anak lelaki yang mempunyai penyakit bengkak hati, Mohd. Haiqal, setahun dua bulan.
Menurut Nurul Hafizan, selepas kediamannya dihanyutkan banjir besar penghujung tahun 2014, mereka tidak berkemampuan untuk membina kembali rumah mereka.
Katanya, demi menyara keluarga, suaminya, Mohd. Khairi Mat Zain, 23, terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur dan gajinya hanya dapat menampung makan serta minum mereka sekeluarga.
Minta jasabaik wakil rakyat dari Pakatan untuk membantu.
apalah pis ni...
takleh langsung nak bagi pendapat...
sikit sikit pecat...sikit sikit pecat....
perangai mcm anjing menyalak babi dalam bukit....(bukan aku kata..yuhadi yg kata)..
kah kah kah kah kah
Haritu nik abodoh cakap nak bekerjasama dgn umno, sekor walaunta pun tak bising. Bila mahfuz suruh cepatkan kerjasama dgn umno melalak pun puak2 walaunta ni. Nak buat kerjasama buat la terang2.
Habis kalau mahfuz tak jadi pimpinan tertinggi tak boleh bagi cadangan? Tak boleh tegur? Dah la yg cerdik ditendang, nak cadang pun tak boleh ke? Dasar bodoh sombong hahaha
Walaun2 ni sume pandai sgt..kahkahkah
Pecat dia..pecat kamu..pecat anda..pecat mereka..pecat sume..ehhh..sape nak taip surat pecat ni..adusss..lupe la..sume aku dh pecat ni..wakaakakakakakak
..buat apa suruh Pakatan.. wakil rakyat PIS (Parti Islam Semalaysia) kan ada... balak dah banyak tebang tu... Najib dah bagi 4.2 juta hengget untuk bantu mangsa banjir. Takkan duit tu dah abis kot??? Duit tu untuk rakyat yg jadi mangsa banjir.. bukan untuk buat banglo bagi anak bini atau tukar kereta mewah...
Post a Comment