Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

mengapa orang kafir sebok tentang islam, mereka mahu apa ?

ISU INI SENGAJA DICARI KERANA NAK CARI PASAL, ISLAM TIDAK PULA MENGACAU AGAMA LAIN, APABILA AGAMA ISLAM DIKACAU DAN KEBANYAKAN UMAT ISLAM PULA BISU MAKA ELOKLAH MASALAH AGAMA ISLAM ITU DIJADIKAN BUAH CATUR - Pak Karamu


RUU: Jangan sibuk hal Islam
 Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan penganut agama lain tidak mempertikai larangan atau tuntutan agama Islam yang diwajibkan ke atas setiap umatnya.

Menurutnya, dalam hal beragama tidak adil bagi mana-mana pihak meletakkan had kepada penganutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing malah sepatutnya mengiktiraf kewajipan agama lain.

“Sebagai contoh, tiada siapa yang harus menggunakan undang-undang pencemaran alam sebagai alasan menghalang dan mengugut orang bukan Islam dari melakukan kewajipannya membakar bahan-bahan yang disembahkan ketika melakukan sembahyang kubur atau di tempat beribadat mereka.

“Orang agama lain tidak perlu sibuk berhujah mengambil contoh daripada agama mereka untuk memujuk orang bukan Islam meninggalkan upacara membakar bahan-bahan yang disembahkan hanya kerana agama mereka tidak mengamalkannya. Jika berlaku juga, sudah pasti keharmonian antara kaum dan agama akan terjejas teruk,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, perkara sama turut dituntut terhadap orang Islam di mana dalam agama Islam, ada larangan-larangannya terhadap penganut dan ada ketentuan hukuman bagi penganut yang menyalahi larangan tersebut.

“Tidak perlulah ada suara-suara mempertikaikan mengapa agama Islam menetapkan ketentuan sebegini dan mengapa umat Islam mahu perkara ini dilaksanakan. Ia adalah sebahagian dari tuntutan agama sebagaimana seorang Muslim akan cuba menunaikan haji apabila peluang tiba dan mampu melakukannya.

“Adalah lebih elok kalau masing-masing dapat mengikut ajaran agama masing-masing dan asalkan ia dapat membawa kebaikan dari keburukan dan mengukuhkan keharmonian dan hubungan antara kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata, Pas hanya mencadangkan agar pesalah beragama Islam dalam empat perkara iaitu minum arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina dihukum lebih berat dengan menaik taraf mahkamah syariah agar had hukuman sedia ada (denda RM5,000,  tiga tahun penjara dan 6 sebatan) lebih memenuhi tuntutan agama Islam.

“Mengapa orang bukan Islam yang sibuk malah sengaja mempolitikkan hudud sedangkan mereka tidak mungkin dibicara di mahkamah syariah melibatkan empat kesalahan terlibat?

“Akta 355 juga tidak berkaitan dengan kesalahan awam seperti kecurian atau rompakan kerana ia di bawah kuasa kerajaan persekutuan dan tiada hukuman potong tangan seperti yang diuar-uarkan. Akta 355 juga tidak melibatkan hukuman bunuh dan tidak boleh digunakan dalam kes rogol, kerana itu melibatkan kuasa undang-undang persekutuan di bawah Akta Jenayah,” katanya.

Menurutnya,  cadangan menaik taraf kuasa mahkamah syariah adalah satu inisiatif daripada orang Islam kepada orang Islam agar mereka sentiasa berkelakuan baik dan memelihara keharmonian dan keamanan masyarakat.

3 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Anonymous said...

Ya udah udah...kok ramadan masih mau main togel...udah udah looo...kue lupa neraka yaa....taubat loo

Anonymous said...

Islam melarang seseorg menggelar org lain dgn gelaran buruk spt mat sabun, barua, anjing, babi, kafir, murtad dan sebagainya. Perbuatan buruk ini akan dipertanggungjawabkan ke atas pengucapnya di akhirat kelak dan akan berbalik kpd diri mereka sendiri.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.