Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TAK BOLEH MENANG KERANA AMANAH MENGACAU

PUAK AMANAH SANGGUP KACAU  DAN SANGGUP GADAI MARUAH AGAMA BILA BERSEKONGKOL DENGAN DAP YANG ANTI HUKUM HAD TUHAN, MEREKA HANYA MAHU MENANG TANPA MENGAMBIL KIRA MARUAH AGAMA, INILAH SEBENARNYA WAJAH AMANAH, BAGAIMANA DENGAN DASAR AMANAH ? TAK TAU LA SEHINGGA KINI PARTIK NI TAK DA DASAR - Pak Karamu

 
Pas terus jadi 'punching bag' Amanah



Pas



SUNGAI BESAR - Pas terus menjadi 'punching bag' atau sasaran bagi Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar apabila pemimpin parti itu secara berterusan mendakwa Pas tidak boleh menang dalam pilihan raya.


Dalam satu ceramah bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di sini malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, Pas‎ bercakap untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) hanya dengan semangat, tetapi tanpa ilmu.


Katanya, atas sebab itulah beliau serta pimpinan yang lain keluar daripada Pas dan menubuhkan Amanah kerana merasakan Pas tidak mampu untuk menang secara berseorangan.


"Lalu kita tubuh Amanah, berpakat dengan DAP dan PKR dan tubuhkan Pakatan Harapan," katanya.


Beliau turut mengakui bahawa Amanah pada awal lagi berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar selepas kekosongannya.


Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan Harapan khususnya PKR kemudian mengadakan rundingan dengan Pas untuk menentukan calon di situ bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN.


"Lepas itu kita tunggu, kita beri tempoh sampaikan sudah dekat dengan hari penamaan calon, nampaknya Pas tidak mahu berunding dan PKR mahu berunding lagi, tapi kita kata cukup," kata Khalid.


Dalam pada itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa sepanjang 38 tahun dalam Pas dan berkempen untuk parti itu, ia tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya sehinggalah menyertai Barisan Alternatif pada pilihan raya 2008 dan Pakatan Rakyat selepas itu.


Katanya, kini Pas yang kembali berseorangan selepas Pakatan Rakyat terbubar dan tidak menyertai Pakatan Harapan dilihat tidak akan mampu untuk menang dalam pilihan raya.


Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir pula mendakwa Pas tidak bercita-cita untuk menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini, sebaliknya hanya mahu meningkatkan jumlah undi yang diperolehi berbanding pada pilihan raya umum lalu.


Katanya, Pas juga bertanding pada kedua-dua PRK itu hanya untuk memberi laluan kepada calon BN menang dengan memastikan calon Amanah mendapat undi yang kurang. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

pan mmg pengacau...budak dap.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.