'Saya sudah maafkan Tun Mahathir'
KUALA KANGSAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan
beliau secara peribadi sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Abdul Hadi berkata, walaupun Pas sering dituduh dengan pelbagai
gelaran, namun sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip Islam,
beliau perlu berbuat demikian.
"Terutamanya berkenaan Hudud. Saya tahu Tun Mahathir ini telah lama dendam dengan Pas sebab dia pernah kalah dulu dengan kita.
"Dan Tun Mahathir kata saya tak reti Islam. Saya mengaji bab Islam. Tun Mahathir, dia mengaji bab perubatan.
"Bukan saya nak hina dia (Tun Mahathir), tetapi malangnya dia tidak
baca pasal Islam ini. Kita maafkan dia tidak baca. Patutnya dia bacalah.
Kalau tidak baca jadi bahaya.
"Kalau Islam tak baca Islam, umur 90 tahun pun tak baligh lagi. Sangat
malang," katanya ketika ceramahnya di Dataran Ketior Manong, Kuala
Kangsar malam tadi.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Abdul Hadi juga berkata,
tindakan Mahathir menyatakan sokongan terhadap Parti Amanah Negara
(Amanah) tidak akan menjejaskan Pas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Abdul Hadi berkata, beliau percaya parti Islam itu mampu membuat kejutan untuk memenangi PRK di kawasan itu.
"Saya tidak bimbang. Kita lihat Pilihan Raya Kecil (Kuala Kangsar) jadi penentu," katanya ringkas kepada pemberita.
Mahathir sebelum ini merayu kepada pengundi di Kuala Langsar supaya
memberikan undi mereka kepada calon Amanah, Profesor Dr Ahmad Termizi
Ramli.
PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan empat penjuru dimana
Dr Najihatussalehah Ahmad calon Pas akan ditentang oleh Datin Mastura
Mohd Yazid dari BN ,Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr
Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad
Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak
pada 5 Mei
lepas.
Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar
pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei
lepas.
Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini.
0 orang berkata:
Post a Comment