Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA KAIT DENGAN PAS.

'Terpulang pada Husam jika mahu sertai Amanah'
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad

SUNGAI BESAR – Pas tidak menghalang niat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa menyertai Amanah memandangkan Adun Salor itu telah dipecat dari Pas sejak April lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menjelaskan, Husam boleh menentukan parti mana yang ingin disertainya kerana penyertaan Husam tidak meninggalkan sebarang kesan kepada Pas.

“Dia (Husam) bukan ahli Pas lagi dan terpulang kepadanya nak sertai parti mana pun termasuk Amanah,” katanya pada Sidang Media di Markaz Pas di Simpang Lima, Sungai Besar, di sini.

Husam dalam ceramah umum Amanah di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar malam semalam, membayangkan akan menyertai Amanah kerana merasakan ada hati dengan parti berkenaan.

Pada 6 Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, keputusan memecat Husam diambil selepas meneliti aduan salah-laku membabitkannya yang diterima parti.

Jawatankuasa Tatatertib Pas yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas.

Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju untuk memecat beliau daripada menjadi ahli Pas berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan Pas (Pindaan 2011), memecat Husam sebagai ahli parti itu berkuat kuasa pada 23 April lalu.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.