Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BOH JE PRIBUMI MALAYSIA


RoS lulus secara prinsip permohonan PPBM


Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini secara prinsip meluluskan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan akronim PPBM, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kelulusan rasmi hanya akan diberikan selepas pihak PPBM memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu kepada RoS.

Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini, beliau berkata penggunaan akronim PPBM bukan atas arahan RoS, sebaliknya atas permintaan parti itu sendiri semasa mendaftarkan permohonan sebelum ini.

"Dalam permohonan awal, mereka mahu menggunakan nama panggilan parti sebagai Bersatu tetapi selepas pihak RoS membuat semakan nama itu telah banyak digunakan oleh parti dan pertubuhan lain.

"Selepas rundingan semula dibuat, pihak parti memohon meletakkan akronim PPBM dan RoS meluluskannya seperti yang dipohon," katanya, sambil menambah nama Bersatu telah digunakan oleh enam parti dan pertubuhan setakat ini.


Kelulusan itu juga membabitkan sedikit perubahan pada logo berbanding logo asal semasa permohonan dibuat, katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau tidak campur tangan dalam kelulusan permohonan tersebut serta menegaskan permohonan mana-mana parti atau organisasi akan diluluskan jika mematuhi syarat-sayarat dalam Akta Pertubuhan 1966.

Ditanya risiko PPBM sekiranya menggunakan nama Bersatu bagi mempromosikan parti itu, Ahmad Zahid berkata mereka secara rasmi telah melanggar perlembagaan parti tersebut.

"Sekiranya mereka masih menggunakan nama Bersatu tindakan pembatalan pertubuhan itu boleh diambil RoS berdasarkan Akta Pertubuhan," katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lepas menyerahkan permohonan bagi mendaftar sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu di RoS.

Hadir sama dalam sidang media itu Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Guano mu dengki

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.